UtamaPOLITIKPILIHAN RAYAPesona perjuangan Anwar hebat...

Pesona perjuangan Anwar hebat tapi palsu – Herman Tino - pakdin.my

Cari saja pengganti insan berhati suci ~ Herman Tino
Cari saja pengganti insan berhati suci ~ Herman Tino

 Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan anak negeri Selangor bertanding di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) Kajang sebagai rakus kuasa dan mahu memperkotak-katikkan rakyat negeri itu.

Penyanyi popular era 80-an, Herman Tino menganggap pesona perjuangan yang dibawakan Ketua Umum PKR itu nampak seperti hebat tetapi sebenarnya palsu.

“Saya cuma nak bersuara, nak protes…pengalaman dari atas pentas macam-macam yang saya nampak, yang palsu,yang tulen.

“Saya tahu ada pemimpin yang mempunyai persona pejuang yang tinggi tetapi palsu dan paling sukar untuk berdepan dengan orang palsu yang penuh persona,” kata Pak Herman, 60, yang muda tujuh tahun daripada Anwar, 67.

“Saya tahu pejuang biasanya makan untuk hidup tetapi ingat kepada yang memperjuangkan hidup dengan menjahanamkan negara ini.

“Kalau saya ‘maut’ di tangan persona palsu Anwar, kalau itu ajal saya, saya ingin pesan pada Kajang, kalau tersungkur saya takkan marah pada Kajang…cuma nak pesan elok-elok saling menghormati,” kata Herman bersungguh-sungguh.

“Saya hormati siapa jua yang menempatkan diri di Kajang tetapi sebagai anak jati Selangor saya terusik dengan tindakannya (Anwar) yang ingin berkuasa dan menentukan qada’ dan qadar sendiri.

“Saya kecil hati sebab itu namanya memperkotak-katikkan Selangor dan membuli orang Selangor,” kata Herman atau nama sebenarnya Masron Tamsi.

Menurut herman, beliau tidak mahukan apa-apa apabila menyatakan hasrat mahu turut bertanding di Kajang, cuma sebagai anak Selangor beliau memohon kepada semua pihak agar memilih orang yang pandai dan bukan yang memandai-mandai.

“Saya hormati rakyat Kajang dan saya akan bantu. Saya bukan gila pangkat atau politik tapi saya percaya ada kemarahan di sini (Kajang).

“Saya nak ingatkan ahli politik jangan dibentuk kemarahan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Itu saya tak setuju,” katanya.

“Saya bangkang kerana saya bukannya seorang yang suka berdemonstrasi, saya tak pernah nak burukkan negara, saya juga bukan membahayakan negara tetapi percayalah cuma sedikitlah saya akan menyusahkan calon-calon yang bertanding,” kata Herman yang terus terang tidak menyokong Anwar bertanding di Kajang.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...