UtamaPOLITIKPILIHAN RAYACubaan Harakahdaily fitnah TPM...

Cubaan Harakahdaily fitnah TPM dan calon BN Kajang kantoi - pakdin.my

Harakahdaily kantoi dengan berita dan gambar berdasarkan petikan daripada akhbar-akhbar lain.
Harakahdaily kantoi dengan berita dan gambar berdasarkan petikan daripada akhbar-akhbar lain.

Tulisan Ahmad Tajdid di Harakahdaily.net bertajuk’ BN melanggar pantang di Kajang’  bagi saya dibuat oleh orang yang tiada di tempat kejadian.

Itu kesimpulan mudah saya yang membuat liputan Program Mesra Rakyat Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Dukung Isnin lalu.

Ini kerana bagi puluhan wartawan yang hadir ketika acara tersebut, semua maklum bahawa program sebenar di tapak gelanggang futsal bukan di Surau Al Falah.

Cerita mudahnya begini, Muhyiddin mengadakan lawatan separuh hari ke Kajang, sebelah pagi, beliau menghadiri mesyuarat dengan Barisan Nasional Negeri di Pejabat UMNO Hulu Langat di pekan Kajang.

Kemudian beliau singgah di rumah seorang warga emas di Sungai Sekamat dan kebetulan tidak jauh dari rumah itu ada kematian dan TPM singgah untuk menziarahi jenazah.

Dari situ beliau terus ke Bukit Dukung. Sebaik sampai, bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan penduduk kampung, TPM ke Surau Al Falah untuk bacaan doa selamat.

Tidak ada ucapan ketika majlis bacaan doa selamat. TPM sendiri arif bahawa untuk berucap dalam surau dan masjid di Selangor perlu ada tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Selepas selesai bacaan doa selamat, TPM keluar dan beramah mesra dengan orang ramai di gelanggang futsal Bukit Dukung yang terletak tidak jauh dari surau.

Tulisan Ahmad Tajdid “calon BN dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun  turut hadir di Surau Al Falah untuk berjumpa dengan pengundi- pengundi.” adalah fitnah sama sekali.

Mei Fun datang lebih lewat dari TPM, beliau tidak pernah masuk ke dalam surau. Sebaliknya terus ke tempat acara Program Mesra Rakyat berlangsung iaitu di gelanggang futsal.

Beliau bersama pemimpin komponen BN, termasuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel beramah mesra dengan orang ramai di gelanggang futsal tapak acara, bukan di dalam Surau Al Falah.

Bagi saya dan sesiapa sahaja yang berada di tempat kejadian dan kemudian membaca tulisan di Harakahdaily, jelas pada kami, satu lagi pembohongan yang dibuat dengan cerita yang direka-reka ataupun fitnah.

Kepada Ahmad Tajdid, lain kali jika hendak ‘goreng’ story pun, jangan sampai ‘hangit’… tanya orang kiri kanan dulu… jangan main tulis ikut sedap hati saja.

Bagi saya, tulisan beliau berdasarkan petikan berita-berita di akhbar-akhbar yang melaporkan program TPM, begitu juga gambar-gambar yang digunakan.

Muhyiddin, Mei Fun dan Tiong Lai menikmati makan tengah hari bersama penduduk di tapak futsal bukan di surau.
Muhyiddin, Mei Fun dan Tiong Lai menikmati makan tengah hari bersama penduduk di tapak futsal bukan di surau.

Tulisan di Harakah itu jelas berniat menempelak Muhyiddin dan Mei Fun bagi mempertahankan Anwar yang dikecam kerana menggunakan masjid dan surau untuk berkempen sekaligus tidak menghormati arahan Sultan Selangor supaya masjid tidak dijadikan gelanggang politik.

Isu kempen awal yang turut dibangkitkan oleh lidah rasmi PAS itu, sudah dijelaskan panjang lebar oleh SPR.

Sebenarnya, Muhyiddin tidak seperti Anwar atau Khalid Samad yang sentiasa mencari ruang untuk berceramah atau tazkirah di masjid mahupun surau walaupun tidak mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor.

Mei Fun juga tidak seperti beberapa pemimpin DAP dan bukan Islam dalam PKR yang masuk ke masjid atau surau mengadakan program meraih laba politik.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...