UtamaPOLITIKMOU Penstukturan Air Selangor:...

MOU Penstukturan Air Selangor: Teknologi Membran PR Hanya Ilusi - pakdin.my

Teknologi Membran Tak Praktikal

Setelah kejang segala otot dan lenguh segala sendi rakyat Selangor kerana telah berminggu-minggu terpaksa mengangkut ‘air percuma’, akhirnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menelan juga ludah sendiri dengan menandatangani MOU penstukturan air dengan kerajaan persekutuan.

MOU yang ditandatangani semalam menggariskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan (LRAL2) sepertimana yang termaktub dalam MOU bertarikh 27 Mac 2001 dan 22 November 2007 antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor ketika itu.

Projek LRAL2 telah dicadangkan bagi mengatasi  masalah kekurangan bekalan air di Selangor, Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu telah tertangguh begitu lama apabila PR mengambil-alih Selangor dan enggan akur kepada MOU yang telah ditandatangani oleh kerajaan terdahulu.

Berbagai-bagai alasan diberikan PR bagi menjustifikasi kedegilan mereka.  Malah, PR juga sebelum ini menafikan yang air tidak cukup untuk menampung keperluan warga metropolitan.   Kononnya, masalah air hanyalah mainan politik BN semata-mata untuk memburukkan kerajaan PR.

Antara petikan kenyataan PR mengenai isu air adalah seperti berikut:

19 Julai 2012 – sinar harian: Kesemua empangan yang dilawati menunjukkan paras air penuh malah keadaan hujan turut menyumbang kepada kenaikan paras air di empangan malah bukan sahaja empangan penuh, loji air terawat berdasarkan maklumat yang diperoleh juga tidak berdepan masalah (kekurangan air). Berkenaan pembinaan Loji Langat 2, jangan salahkan MPKj kerana Kerajaan Negeri memang tidak akan bagi kelulusan kerana jika dibina sekalipun, pembinaan ini mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk siap dan bukannya untuk menampung keperluan sekarang”. – Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu.

2 Oktober 2012  – Sinar Harian:  “Selangor tidak menghadapi masalah air kritikal, sebaliknya Kerajaan Negeri berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan yang sebenarnya berada dalam keadaan ‘kritikal’ menyiapkan tiga ‘projek mega’ mereka, melibatkan Empangan Klau dan Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang serta Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor, yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM12 bilion”. – Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar

23 Oktober 2012 – Selangorku: Penggunaan teknologi penapisan air membran untuk merawat bekalan air di Selangor dianggarkan 1 / 3 lebih murah daripada kos pembinaan loji rawatan mega Langat 2.Teknologi daripada Kanada itu lebih praktikal dan menjimatkan daripada Langat 2 yang dianggarkan menelan kos RM 3 bilion..  Kos penggunaan teknologi membran adalah kurang daripada RM1 bilion untuk dipasang di 10 buah loji strategik kerana tidak semua 27 loji memerlukannya”. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

24 Oktober 2012 – Astro Awani: “Kerajaan Selangor telah memanggil perunding daripada Kanada yang telah pun memberikan  taklimat terperinci  mengenai  penggunaan teknologi ini yang kita anggap lebih praktikal dan menjimatkan berbanding menembuk banjaran Titiwangsa untuk membina  terowong bawah tanah dan memusnahkan alam sekitar untuk pembinaan empangan di Pahang,” Abdul Khalid berkata.


Beliau juga berkata dengan teknologi ini, Selangor akan mempunyai bekalan air yang mencukupi tanpa perlu membeli air daripada Pahang.

Kita mampu meningkatkan kapasiti air dengan hanya membina teknologi penapis air membran di loji pembersihan air sedia ada.Penggunaan teknologi penapis air membran ini mampu menambahkan satu juta meter padu air sehari dengan hanya menggunakan 1/3 dari kos pembinaan Langat 2.”

December 24, 2012 – FMT: “Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yakin bekalan air mentah di Selangor kini 100 peratus mencukupi dan mampu menampung keperluan rakyatnya sehingga tahun 2030”. – Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat.

Berpuluh atau beratus lagi kenyataan PR menepis isu masalah air dapat ditemui melalui hujung jari sahaja.  Dan sebanyak itu jugalah sumpah seranah dan fitnah dilemparkan ke atas kerajaan pusat amnya, dan UMNO khasnya kononnya sengaja menimbulkan isu ini kerana ingin ‘mengkayakan kroni’.

Namun, MOU yang ditandatangani semalam membuktikan sikap pembohong dan tidak bertanggungjawab kerajaan PR serta kecekapan dan kemampuan kerajaan persekutuan untuk merancang jauh lebih awal bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Bukan itu saja, kerajaan persekutuan juga turut menyumbangkan RM2 billion untuk memastikan masalah ini dapat diselesaikan segera.  Walaupun Selangor mendabik dada mempunyai rizab sebanyak RM3 billion, namun kerajaan negeri itu jelas tidak sanggup mendahulukannya tetapi tetap ingin menunggu ‘bantuan’ dari kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan masalah utama rakyat.

Bayangkan jika Selangor tidak jatuh ke tangan PR pada 2008, sudah tentu rakyat Selangor tidak perlu melalui segala masalah ini.

Walau apapun isu antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau kontraktor, sesebuah kerajaan tidak seharusnya memperjudikan nasib rakyat semata-mata untuk menjaga ‘ego’ ataupun meraih keuntungan politik.

Apa yang jelas, Kerajaan Persekutuan tidak pernah bersikap sombong atau ego dalam isu yang membabitkan rakyat.  Malah sudah terbukti bahawa kerajaan pusat yang terus mengajak berbincang, memberi amaran dan peringatan berkali-kali kepada kerajaan Selangor agar menangani isu ini lama dahulu.  Acapkali juga kerajaan pusat dihina dan diherdik oleh mereka.

Sehingga MOU ditandatangani, kerajaan pusat sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk bekerjasama dan langsung tidak mengambil sikap ‘membalas dendam’ ataupun memalukan Khalid Ibrahim di hadapan rakyat.

Di sini sudah terlihat parti mana yang cekap, bijak dan matang serta parti mana pula yang mentah dan kebudak-budakan.

Apakah ada di kalangan rakyat Selangor yang masih buta?

air-selangor-2010

air-selangor-2014

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...