UtamaPOLITIKBeri imuniti kepada saksi...

Beri imuniti kepada saksi pengubahan wang haram oleh Anwar– Gobala - pakdin.my

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan meminta kerajaan menjanjikan imuniti terhadap beberapa pihak yang boleh menjadi saksi terhadap aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, imuniti itu diminta sendiri oleh ‘saksi’ tersebut bagi menambah keyakinan mereka daripada pelbagai aspek termasuk keselamatan untuk tampil bagi mendedahkan kebenaran.

“Jika itu boleh dilaksanakan, saya bersedia menjadi orang tengah antara pihak berkuasa dengan saksi-saksi terlibat. Saya percaya kerajaan tiada masalah untuk berbuat demikian kerana mereka juga pastinya tahu kegiatan Anwar.

“Saya tiada masalah jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu bertemu selepas ini. Malah sebenarnya, saya telah pun bercakap dengan SPRM tentang perkara ini.

“Disebabkan itu rasanya tidak perlu lagi untuk saya ke balai polis atau pejabat SPRM untuk membuat laporan. Lagi pun dakwaan itu telah saya buat di Dewan Rakyat dan pihak berkuasa boleh terus mengambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menguar-uarkan penubuhan Pertubuhan Kebajikan Dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) yang dipengerusikannya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, beliau mendakwa, Anwar merupakan ‘raja’ kepada segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik syarikat judi.

Sementara itu, Gobalakrishnan terus mengingatkan masyarakat tidak dipergunakan Anwar untuk memenuhi agenda peribadinya dengan menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai depan.

“Saya, 12 tahun berjuang di jalanan tetapi akhirnya sedar ia tidak membawa apa-apa kebaikan. Kalau pilihan raya negara ini tidak adil, saya tidak akan menang dengan majoriti lebih 11,000 di Padang Serai dan Anwar juga tidak akan berada di Parlimen hari ini.

“Anwar nak suruh anak emasnya, Azmin Ali minta maaf pun tak berani macam mana mahu jadi Perdana Menteri. Pernah Azmin panggil saya ‘bloody hell pariah’ di depannya tetapi Anwar cuma anggap itu perkara kecil dan tidak berani minta Azmin mohon maaf,’’  jelasnya.

 

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...