BERITAGro Beri Alasan Sebagai Pelanggan Elak Ditahan Di Pusat Huburan Bandar Baru...

Gro Beri Alasan Sebagai Pelanggan Elak Ditahan Di Pusat Huburan Bandar Baru Klang, Selangor

Pusat Huburan Bandar Baru Klang

Mengaku sebagai pelanggan itu antara alasan yang diberikan sebaik premis hiburan diserbu.

Bagaimanapun hasil risikan dan pemantauan pihak polis mendapati mereka bekerja sebagai gro di premis terbabit.

Premis hiburan di Bandar Baru Klang ini diserbu pukul 11:30 malam oleh sepasukan polis dari bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.

Operasi turut disertai pegawai dan anggota cantas wanita.

Ketika serbuan gro terbabit sedang melayan pelanggan.

Mereka cuba melarikan diri sebaik menyedari premis diserbu.

Hasilnya 14 wanita warga Vietnam, Thailand dan Iran ditahan.

Selepas diperiksa diadapti mereka memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar.

Ketika pemeriksaan dijalankan salah seorang wanita terbabit tiba-tiba pengsan dan dikejarkan untuk mendapatkan rawatan.

Siasatan mendapati premis hiburan terbabit menjalankan perniagaan tanpa lesen hiburan.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami