Tuesday, July 23, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Siapa Pengganti Taib Untuk Kubu Kuat BN-PBB Balingian? - pakdin.my

prk-balingian-sarawak

Habis cerita Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundurkan diri daripada dunia politik, pemerhati politik kini beralih fokus kepada kubu kuat Barisan Nasional (BN) Balingian yang dikuasai suku kaum Melanau.

Dengan selesainya persoalan siapakah pengganti Abdul Taib sebagai Ketua Menteri, semua perhatian kini adalah untuk Balingian yang boleh menjadi medan untuk Ketua Menteri Sarawak yang baharu dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Adenan Satem menunjukkan kemampuannya.

Satu pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan tidak lama lagi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang telah menjadi kubu kuat BN-PBB sejak lebih 40 tahun lalu.

Kini, teka-teki mengenai siapa yang akan dipilih menjadi calon untuk kerusi DUN Balingian hangat diperkatakan.

KERUSI MAJORITI MELANAU

Sudah pasti, calonnya perlu dari kaum Melanau.

Terdapat kira-kira 130,000 orang Melanau di Sarawak, iaitu kira-kira enam peratus daripada keseluruhan penduduk negeri itu.

Kaum Melanau ini terdiri daripada penganut pelbagai agama iaitu Kristian, Muslim dan ada juga yang penganut kepercayaan tradisional yang boleh ditemui di kawasan Mukah-Balingian.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil DUN Balingian ini.

Paling atas dalam senarai ialah bekas menteri persekutuan Datuk Seri Effendi Norwawi dan anak lelaki sulung Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Bagaimanapun, kedua-duanya sejak beberapa minggu kebelakangan sudah menafikan kenyataan berkenaan. Effendi telah mengeluarkan kenyataan kepada media tempatan di Sarawak dengan menyatakan beliau tidak berminat.

Sementara itu, Bekir secara peribadi memberitahu pemberita di Kuching beberapa hari lalu bahawa terlalu awal untuk beliau terlibat secara serius dalam politik kerana beliau sibuk dengan urusan perniagaannya.

Dengan ketiadaan tokoh-tokoh hebat itu, sumber dalaman parti menyatakan senarai calon untuk kerusi Balingian kini melibatkan beberapa nama sahaja.

Mereka itu termasuk jurutera Andrian Alphonsus Dorhan, ahli perniagaan Paul Druce, bekas setiausaha tetap Kementerian Pelancongan Sarawak Akit Sebli dan Dr Anthony Valentine Laiseh, bekas Timbalan Residen Mukah yang kini Timbalan Residen Betong.

Ada juga cakap-cakap seorang siswazah yang berusia 30an dengan identitinya dirahsiakan turut dikenal pasti untuk bertanding.

Calon pilihan raya kecil ini berkemungkinan diketahui minggu depan apabila parti di bawah presiden baharu, Tan Sri Adenan Satem mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk membuat pilihan mereka.

TRADISI DAN PERSEFAHAMAN

Pemerhati politik percaya untuk PRK ini, parti itu berkemungkinan meletakkan calon berketurunan Melanau-Kristian sebagai peraturan tradisi yang diwarisi PBB daripada parti sebelumnya iaitu Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).

“Kesefahaman yang dicapai mengenai peruntukan kerusi melibatkan kawasan Mukah ialah sekurang-kurangnya satu kerusi diberi kepada kumpulan lain,” kata bekas ahli dewan undangan negeri untuk Balingian, Datuk Salleh Japaruddin.

Salleh, bekas naib presiden PBB dan dua pupu Taib menjelaskan kerusi Dalat dan Balingian yang termasuk dalam kawasan pilihan raya Mukah, diwakili oleh Datuk Fatimah Abdullah dan Taib.

Kerusi Parlimen Mukah pula diwakili Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah.

SOKONGAN MENINGKAT

Menurut pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, walaupun siapa yang menjadi calon pilihan PBB, parti itu akan mengekalkan kerusi Balingian dengan mudah.

“Untuk pilihan raya kecil ini, saya percaya calon BN dengan mudah boleh memperoleh antara 85-90 peratus undi. Sebabnya mudah sahaja, malaha rekod sebelum ini menunjukkan setiap kali calon baru diperkenalkan, sokongan meningkat,” katanya.

Dalam ketika ramai pemerhati politik percaya kemenangan pasti berpihak kepada BN untuk PRK Balingian, ia masih menjadi medan ujian yang baik untuk kepimpinan baharu Sarawak.

Dr Awang Azman Awang Pawi dari Institut Pengajian Asia Timur UNIMAS menjelaskan pilihan raya kecil Balingian akan mencerminkan penerimaan akar umbi untuk ketua menteri baharu, Tan Sri Adenan Satem memandangkan kawasan pilihan raya itu mengandungi pelbagai kumpulan etnik meskipun yang besar sekali ialah Melanau.

“Ia boleh menjadi medan ujian untuk pucuk pimpinan baharu Sarawak dalam memperkenalkan muka baharu di samping menguji tahap penerimaan sebelum pilihan raya negeri yang dijadual diadakan pada pertengahan 2016,” kata Awang Azman.

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

[VIDEO] Asrama SMK Song 1 terbakar, 4 warden dan pelajar selamat

Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, dalam Bahagian Kapit, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hanya dua pelajar berada di asrama dua tingkat itu.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

[VIDEO] Pennjawat awam direman tujuh hari bagi banntu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartin

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam 15 Julai 2024.

[VIDEO] 18 rumah musnah terbakar di Kuala Abai, Kota Belud

KOTA BELUD: Lebih 200 penduduk membabitkan 42 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 18 rumah di Kampung Kuala Abai, di sini, terbakar.

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

[VIDEO] Asrama SMK Song 1 terbakar, 4 warden dan pelajar selamat

Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, dalam Bahagian Kapit, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hanya dua pelajar berada di asrama dua tingkat itu.

Apakah CrowdStrike, syarikat yang dikaitkan dengan gangguan sistem global?

Gangguan komputer global yang menjejaskan lapangan terbang, bank dan perniagaan lain pada hari Jumaat 19 Julai 2024 nampaknya berpunca sebahagiannya daripada kemas kini perisian yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber utama AS CrowdStrike.

Gangguan global siber ‘Crowdstrike’ Microsoft menyebabkan penerbangan tergendala dan menjejaskan perniagaan

Gangguan teknologi global telah menjejaskan operasi merentasi pelbagai industri pada hari Jumaat, dengan syarikat penerbangan menghentikan penerbangan, beberapa penyiar tidak beroperasi dan perkhidmatan daripada perbankan kepada penjagaan kesihatan yang dilanda masalah sistem akibat gangguan teknikal ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

[VIDEO] Pennjawat awam direman tujuh hari bagi banntu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartin

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam 15 Julai 2024.

Fasilitator Malaysia yang baharu dilantik untuk rundingan damai selatan Thailand

Kerajaan Malaysia telah melantik fasilitator baharu untuk proses damai di selatan Thailand. Ini berlaku di tengah-tengah gesaan mendesak untuk penilaian semula pelan hala tuju keamanan berikutan lonjakan keganasan yang telah menghancurkan keyakinan orang ramai.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: