Ketika pemimpin PKR bising isu MoU air, Khalid jumpa PM lagi - pakdin.my

najib-khalid

Tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menandatangani MoU penstrukturan semula air di Selangor dengan kerajaan Pusat Rabu lalu yang dilihat membelakangkan banyak pihak termasuk pemimpin pakatan rakyat terus jadi isu.

Kesannya, ada yang mendakwa kandungan MoU itu diragui dan merugikan rakyat Selangor pada masa depan.

Selain itu, PKR turut menuntut MoU itu didedahkan kepada awam dengan alasan ketelusan yang diamalkan kerajaan negeri Selangor.

Lagipun, pada tahun 2010, kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid begitu bangga menjadi negeri pertama yang meluluskan Akta Kebebasan Maklumat di Malaysia.

Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 yang dikemukakan oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong itu akan memberikan hak kepada rakyat untuk mengakses maklumat berkaitan pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, setelah empat tahun wujudnya enakmen tersebut,Abdul Khalid nampaknya masih tidak memahami maksud tujuan sebenar enakmen itu diwujudkan.

Dalam isu penstrukturan air di negeri Selangor, Abdul Khalid sehingga kini masih lagi enggan membentangkan butiran penjanjian yang telah ditandatangani olehnya dengan kerajaan Persekutuan.

Inilah sebab keresahan pelbagai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin PKR yang merasakan tindakan Abdul Khalid ini tidak selari dengan perjuangan mereka selama ini.

Menurut sumber, Abdul Khalid telah menyembunyikan surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bertarikh 9 September 2013 yang telah menyatakan hasrat untuk mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA – jika tiada penyelesaian pada 31 Disember 2013.

“Parti hanya mengetahui maklumat itu selepas tempoh masa itu tamat. Apa lagi yang boleh buat?” kata sumber.

Begitu juga dengan hal perjanjian persefahaman (MoU) yang ditanda tangani Abdul Khalid minggu lalu.

Kata sumber, beliau sudah menemui anggota Exco yang turut bersama Abdul Khalid sewaktu MoU ditandatangan.

“Mereka menjelaskan tidak mempunyai pengetahuan langsung berkaitan perkara itu. Abdul hanya meminta mereka tunggu di hadapan Pejabat Perdana Menteri dan apabila Abdul Khalid sampai jemput mereka masuk bersama-sama.

“Sewaktu masuk ke Pejabat Perdana Menteri, mereka terkejut melihat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kabinet berada di situ.

“Mereka tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku ini sehinggalah Abdul Khalid menandatangani MoU tersebut barulah mereka faham tujuan mereka hadir,” ujar sumber.

Tambah sumber lagi, tindakan-tindakan Abdul Khalid ini tidak disenangi kepimpinan parti dan mereka mendesak Menteri Besar itu supaya berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perjanjian.

Namun, tentu lebih banyak spekulasi akan berlegar mengenai MoU itu selepas ini apabila Abdul Khalid bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa.

Sekeping foto yang dipaparkan menerusi Twitter Najib boleh menceritakan segala-galanya.

“Khalid Ibrahim and I met again today to ensure adequate water supply for Selangor in the future,” itu yang ditulis Perdana Menteri.-

 

UTAMAPOLITIKKetika pemimpin PKR bising isu MoU air, Khalid jumpa PM lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium