GAYA HIDUPAGAMASuspek Perbuatan Khianat Al-Quran Ditahan Reman

Suspek Perbuatan Khianat Al-Quran Ditahan Reman

quran-disepah-2

Susulan perbuatan khianat kitab suci Al-Quran ditemui bersepah dalam dua masjid di Besut, Terengganu.

Polis menahan seorang suspek yang disyaki melakukan perbuatan khianat itu semalam.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa, suspek berjaya ditahan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, CCTV di masjid berkenaan.

Suspek dipercayai kurang siuman itu kini direman empat hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Dalam kejadian berasingan di dua masjid itu, naskah Al-Quran dijumpai bersepah di ruang solat, di tangga dan juga tandas.

Ia disedari oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang meronda di kawasan masjid jam 2:30 pagi semalam.

SUSPEK yang menceroboh dua buah masjid di sekitar Besut dan bertindak membuang ratusan naskah al-Quran, kitab dan buku Yasin awal pagi Selasa, Malek Muhd Idris, 28 (tengah) diiringi dua anggota polis selepas direman selama empat hari mulai Rabu oleh Majistret Raja Norshuzianna Raja Mamat di Mahkamah Majistret Kampung Raja di Besut,

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami