Soal Jawab TV3: MoU Air Tidak Boleh Ditarik Balik Sekalipun Pemimpin Bertukar – Ongkili - pakdin.my

Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri Selangor, yang ditandatangani baru-baru ini, tidak boleh ditarik balik sekalipun jika berlaku pertukaran pemimpin di negeri itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata terdapat klausa di dalam MoU tersebut yang menyebut bahawa ia tidak boleh ditarik balik.

“Tetapi saya rasa yang lebih penting dalam MoU tersebut ialah roh dan tujuannya. Kita melihat tidak ada orang yang nak dispute (pertikai) jika ia sesuatu kebaikan,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Soal Jawab terbitan TV3 di sini malam Rabu.

Menerusi MoU itu yang ditandatangani pada 26 Feb, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan Sistem Agihannya dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU ditandatangani.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diuar-uarkan menjadi menteri besar jika beliau memenangi pilihan raya kecil Kajang, mahu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangguhkan dahulu perjanjian berkenaan selagi kepimpinan negeri dan Pakatan Rakyat tidak diberi penjelasan sepenuhnya.

Abdul Khalid yang turut menjadi tetamu program itu berkata MoU itu tidak boleh ditukar kerana apabila sesuatu negeri atau negara membuat perjanjian, maka ia mesti ditunaikan.

“Kalau kita buat janji lepas tu tinggal, maka malulah kita dari segi tugas yang kita lakukan. Kalau perjanjian tak ditunaikan maknanya rating negeri itu akan jatuh kerana tak menghormati perjanjian,” katanya.

UTAMABERITAAMSoal Jawab TV3: MoU Air Tidak Boleh Ditarik Balik Sekalipun Pemimpin Bertukar...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium