Dari Selangor ke Kelantan, Singgah di Putrajaya, Ke Mana Arah Khalid Ibrahim? - pakdin.my

khalid-kelantan

Dalam kesibukan PRK Kajang, dalam kesesakan jerebu, dalam keadaan hospital kekurangan katil untuk menempatkan pesakit denggi, dalam kesengsaraan akibat keputusan bekalan air serta dalam keadaan jalan di Selangor berlubang-lubang tidak diselenggara sejak sekian lama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat masih begitu sibuk sekali berpolitik.

Sejak dari awal pentadbirannya, Khalid Ibrahim tidak pernah ada masa untuk rakyat kerana beliau terlalu sibuk mempertahankan diri dari menjadi mangsa kerakusan rakan-rakan sendiri.

Jika beliau ada masa untuk rakyat tentu beliau telah bekerjasama dengan kerajaan pusat sejak awal dahulu lagi bagi menyelesaikan isu air.  Bukannya setelah keadaan semakin kronik barulah hendak ditandatangani MOU.

Menyedari ‘nyawa’ politiknya benar-benar terancam, Khalid  semakin ‘aktif melebarkan sayapnya’ akhir-akhir ini.   Baru-baru ini, beliau secara tidak semena-mena membuat lawatan ke Kelantan walaupun negeri dan partinya berada di dalam keadaan kelam kabut.

Lawatan ke Kelantan tersebut merupakan lawatan rasmi pertama sejak beliau menjadi Menteri Besar Selangor.  Tujuan lawatan tersebut adalah untuk menandatangani MOU bagi membangunkan tujuh projek yang melibatkan hab halal, pendidikan agama, pembangunan latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian Islam, pembangunan rangkaian fiber dan juga pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.

Sekali imbas, tujuan Khalid tampak murni sekali.  Namun, persoalannya, bagaimana Khalid dapat membantu Kelantan sedangkan Selangor juga tidak mampu diuruskannya dengan baik?    Dan apakah ikhlas Khalid ingin membantu Kelantan dari segi latihan belia sedangkan pusat Giat Mara di Selangor juga ditutupnya?

Bagi mereka yang ‘celik’ politik, pasti tahu bahawa Khalid adalah sinonim dengan DAP. Segala tindak tanduk Khalid adalah berdasarkan ‘kelulusan’ kalaupun bukan ‘arahan’ DAP. Selama Khalid memerintah Selangor, beliau sentiasa memihak kepada Kristian-DAP, walaupun dalam kes murtad.   Selain itu, beberapa tindakan Khalid seperti dalamisu sewa tapak perniagaan di PKNS dan juga isu penjualan tanah Yayasan Selangor dilihat sebagai tidak mengambilkira nasib dan kepentingan Melayu.

Malah, kenaikan harga hartanah yang melambung tinggi di bawah pentadbiran PKR juga diragui sebagai berkait rapat dengan kerakusan pemaju dari kroni DAP yang bermaharajalela tanpa sebarang kawalan dari pentadbiran Khalid.

Justeru, apabila Khalid mula ‘memanjangkan langkah’ sehingga ke Kelantan, kita merasa gusar kalau-kalau Kelantan pula menjadi mangsa kerakusan DAP.   Perlu diingatkan bahawa walaupun kerajaan PAS Kelantan dan PKR Selangor bernaung di bawah satu pakatan, namun itu bukan penghalang pemimpinnya untuk menikam sesama sendiri.   Buktinya, kes saman RM2 juta yang memperlihatkan Presiden PAS berbohong mengenai ADUN PKR dan juga saman Azmin terhadap akhbar milik parti sendiri, Suara Keadilan yang membabitkan jumlah yang sama.

Khalid juga telah mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan datang.  Ini mengesahkan bahawa terdapat pergolakan yang serius di dalam PKR hari ini yang memaksa Khalid menjadi lebih agresif untuk menyelamatkan ‘nyawa’nya.

Mungkin kini Khalid sedar bahawa beliau tidak boleh mempercayai sesiapa jua di dalam partinya.

Persoalannya,, jika Khalid juga tidak mampu mempercayai rakan-rakannya, bagaimana rakyat dapat mempercayai mereka?

UTAMAPOLITIKDari Selangor ke Kelantan, Singgah di Putrajaya, Ke Mana Arah Khalid Ibrahim?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium