UtamaPOLITIKPAS riuh royalti Kelantan...

PAS riuh royalti Kelantan RM1 bilion, Petronas kata hasil hanya RM21 juta – PM - pakdin.my

AGENDADAILY – TEMBERANG kerajaan PAS Kelantan pecah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa dakwaan kerajaan PAS Kelantan selama ini bahawa negeri itu berhak menerima RM1 bilion daripada royalti sekadar dakwaan kerana hasilnya sendiri jauh lebih kecil lagi.

PAS selama ini riuh kononnya Kelantan dinafikan hak royalti gas hingga membawa tuntutan tersebut ke mahkamah, tetapi pada Sabtu di Kota Bharu, depan 10,000 rakyat Kelantan, Najib berkata, menurut Petronas jumlah sebenar daripada hasil gas hanyalah RM21 juta.

Selain itu, kata Perdana Menteri, biarpun sudah 21 tahun Kelantan ditadbir oleh kerajaan PAS, tetapi rakyat Kelantan tidak pernah dipinggirkan oleh BN, buktinya negeri itu menerima peruntukan Rancangan Malaysia (RMK) Kesembilan berjumlah RM6 bilion dan di bawah RMK-10 sejumlah RM2.5 bilion diperuntukkan setakat ini.
Semua itu didedahkan Najib dalam lawatan kerjanya ke Kelantan pada Sabtu.
Tidak cukup dengan pendedahan yang memecahkan tembelang PAS, ada ‘bonus’ yang lebih besar lagi jika sekiranya kerajaan BN diberikan mandat semula untuk mentadbir negeri itu, kata Najib, kerajaan akan melaksanakan program perumahan berkualiti secara besar-besaran.

Menurutnya, kerajaan BN mempunyai kemampuan untuk melaksanakan projek seumpama itu demi kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Jika BN memerintah program rumah besar-besaran kita akan buat untuk rakyat Kelantan.

“Malahan hari Isnin ini ambo (saya) akan rasmi program perumahan yang berkualiti di Putrajaya. Kalau boleh buat di Putrajaya apatah lagi di Kelantan,” katanya.

Najib berkata beliau menyaksikan sendiri kedaifan rumah rakyat Kelantan yang membuktikan betapa isu perumahan menjadi antara permasalahan utama penduduk negeri itu.

Najib juga berkata beliau rasa bertanggungjawab untuk memajukan rakyat Kelantan dan janji itu akan ditunaikan.

Perdana Menteri turut berkata beliau merasai angin perubahan di Kelantan apabila ramai rakyat negeri itu menyertai majlis yang dihadirinya.

Menurutnya juga, rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

“Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang ‘rukas’ (panjat) untuk tukar ‘scoreboard’. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan…jadilah stadium ‘rukas’.

“Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini,” katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Perdana Menteri berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Mustapa Mohamad, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Naib Presiden UMNO, yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun, Najib berkata semua itu terpulang kepada rakyat Kelantan untuk menentukan sama ada stadium itu akan menjadi milik mereka.

“Kalau nak lakukan perubahan, harus tahu di mana suisnya. Suisnya bukan pada saya, suisnya ada pada rakyat Kelantan sendiri,” katanya sambil memuji semangat juang pasukan bola sepak Kelantan yang mampu bangkit, walaupun sebelum ini tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata hanya dengan kepimpinan yang benar-benar berkebolehan, pasukan itu mampu melonjak walaupun berdepan kekangan kewangan berbanding negeri lain.

Mengambil contoh kejayaan pasukan itu, Najib menekankan betapa kepimpinan harus diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan mampu menunjukkan prestasi baik, begitu juga dengan politik.

“Pada pengamatan saya, soal paling penting ialah kepimpinan politik di mana kita mahu meletak orang berkemampuan, barulah pasukan atau negara itu boleh maju,” katanya.

Beliau turut merasmikan Akademi AlHamra Red Warrior yang melatih pelapis baru sukan bola sepak Kelantan berusia 16 tahun ke bawah.-2/7/2011

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...