BERITAMH370 Hilang: Tentera Laut Vietnam Sahkan Pesawat Terhempas Dalam Laut (tidak rasmi)...

MH370 Hilang: Tentera Laut Vietnam Sahkan Pesawat Terhempas Dalam Laut (tidak rasmi) #PrayForMH370

tmp_peta-mh370-terhempas1504687013

Laman web akhbar harian Vietnam, Tuoi Tre, melaporkan bahawa Tentera Laut Vietnam mengesahkan pesawat MH370 dari KL – Beijing terhempas ke dalam laut, menurut ‘Yahoo News’.

Laksamana Tentera Laut Ngo Van Phat berkata rekod radar tentera menunjukkan bahawa pesawat terhempas ke dalam laut, 153 batu ke Selatan pulau Phu Quoc.

Yahoo News melaporkan, ketika dihubungi, Malaysia Airlines (MAS) enggan mengesahkan atau menafikan laporan dan berkata pihak berkuasa Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak Vietnam mengenai perkara itu.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan bahawa China telah menghantar dua kapal menyelamat maritim untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami