BERITAMH370 Hilang: Kemas Kini Maklumat Menerusi Laman Web Rasmi Dan Twitter...

MH370 Hilang: Kemas Kini Maklumat Menerusi Laman Web Rasmi Dan Twitter #PrayForMH370

weibo-mas-mh370

BEIJING  — Naib Presiden Kanan Serantau (China) Malaysia Airlines (MAS) Joshua Law Kok Hwa berkata MAS akan mengemas kini maklumat kepada orang awam berhubung perkembangan terbaru pesawat MH370 dalam laman web rasminya dan Weibo, media sosial mirip twitter.

Beliau berkata demikian pada persidangan akhbar di hotel Li Du di sini pada 2.30 petang Sabtu.

Beliau hanya membaca kenyataan rasmi yang dikeluarkan MAS hari ini, tanpa mengadakan sesi soal jawab.

Persidangan akhbar itu berakhir kurang dari 10 minit dengan dihadiri lebih 100 petugas media.

Ketika ini, anggota keluarga penumpang pesawat itu berhimpun di sebuah bilik berasingan di hotel sama, tetapi pihak media tidak dibenarkan menemu bual mereka.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami