Kedutaan China Sahkan Pasport Curi Digunakan Dua Penumpang Misteri #PRAYFORMH370 - pakdin.my

senarai-penumpang-mh370

Kedutaan China mengesahkan laporan pasport warga Austria dan Italia yang dicuri, digunakan penumpang misteri di dalam pesawat tersebut, kata Duta China ke Malaysia, Huang Huikang.

“Kami mengesahkan insiden tersebut dengan pihak berkuasa Malaysia. Kami turut menyiasat sama ada terdapat dua individu memiliki dokumen visa perjalanan yang sah ke China,” kata Huang yang dipetik dari media China pada Ahad.

Huang berkata, berdasarkan apa yang dikumpul dalam pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia, cara pesawat tersebut terputus hubungan dan hilang adalah luar biasa dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Katanya, sekiranya sistem elektronik atau kegagalan enjin, masih ada isyarat dari pesawat tersebut manakala sensor kedudukan elektronik sepatutnya masih berfungsi dan jika pesawat itu diperlahankan.

“Namun saya berharap agar semua akan bersabar kerana kadang-kala terdapat banyak perkara yang diluar kami kita,” katanya.

UTAMABERITAKedutaan China Sahkan Pasport Curi Digunakan Dua Penumpang Misteri #PRAYFORMH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium