BERITAMH370 Hilang: "Berpatah Balik" Penting Bagi Pendaratan Selamat (video) - Kapt Nik...

MH370 Hilang: “Berpatah Balik” Penting Bagi Pendaratan Selamat (video) – Kapt Nik Huzlan

DATUK KAPTEN NIK HUZLAN NIK HUSSAIN
DATUK KAPTEN NIK HUZLAN NIK HUSSAIN

Dan jika benar pesawat MH 370 berpatah balik, persoalannya kenapa?

Ini kerana tindakan demikian dibuat berdasarkan tiga faktor bagi mendaratkan pesawat dalam sesuatu situasi.

Pergerakan pesawat di udara sering dipengaruhi pelbagai faktor.

Antaranya, arah angin lintang, laluan udara, ketinggian dan juga masa.

Dianggarkan pusingan patah balik yang dilakukan pesawat besar adalah dalam tempoh dua minit bersamaan pusingan lima batu nautika.

Lazimnya, pusingan pertama yang dilakukan adalah sebagai langkah awas.

DATUK KAPTEN NIK HUZLAN NIK HUSSAIN / BEKAS KETUA JURUTERBANG PENERBANGAN SERANTAU MAS
“Dalam precautionary turn back kita ada masa, jadi kita sempat berhubung dengan control tower, dan tower akan cakap roger tunggu kejap standby kalau ok approve, you boleh turn back ikut arahan macam ni, turun paras macam ni dan runway macam ni”.

Seterusnya, pusingan kedua melibatkan pusingan kecemasan iaitu pendaratan secara terus.

Manakala pusingan ketiga pula disebabkan masalah kawalan pesawat.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami