UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 - InsyaAllah...

BEERSIH 2.0 – InsyaAllah segala-galanya akan beres… - pakdin.my

 

Setelah muak dengan pelbagai nasihat dan amaran, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan bahawa pintu rundingan telah ditutup. Tutup pintu ini bukan sahaja disasarkan kepada Bersih yang haram, tetapi juga kepada Pergerakan Pemuda UMNO dan PERKASA atau mana-mana pihak sekalipun.

Bersih yang menjadi dalang penganjuran perhimpunan haram 9 Julai nanti, iaitu genap seminggu dari hari ini, terus berdegil dengan hasrat mereka membuat perubahan melalui demonstrasi jalanan.

Pergerakan Pemuda UMNO pula bakal mengadakan Perhimpunan Patriot untuk menyatakan rasa ‘panas hati’ mereka terhadap demonstrasi dan tuntutan yang diketuai Datuk Ambiga, bekas Presiden Majlis Peguam tetapi dianggotai dan disokong oleh para pemimpin parti politik pembangkang khususnya PKR, PAS dan DAP.

PERKASA pula mahu membuktikan bahawa perhimpunan Bersih itu bukanlah didokongi rakyat majoriti dan mahu menghalang perhimpunan haram itu.

Pelbagai pertubuhan dan badan gabungan persatuan telah menyatakan ikrar mereka untuk menentang Bersih – ini termasuklah pasukan-pasukan silat dan sebagainya.

Ambiga bawa idea gaduh. Itulah hakikat yang diperkatakan sekarang. Ambiga dan Bersih sebenarnya membawa hasrat untuk bergaduh walaupun berkali-kali dinafikan sedemikian.

Manakan tidak… nasihat polis tidak dipedulikan, rayuan orang ramai termasuk peniaga dan pemandu teksi serta persatuan dan penggiat pelancungan tidak diendahkan. Malah, sebagai pertubuhan yang haram, ada hati pula meminta PDRM menyediakan laluan khas untuk mereka berarak dan menyampaikan petisyen kepada Yang diPertuan Agong.

Demikianlah gah dan hebatnya Bersih yang diketuai seorang terpelajar dan ternama, tetapi tidak bertimbang rasa dan jauh sekali daripada rasional.

Pada hakikatnya, sebagai pertubuhan haram, seperti yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan kelmarin, Bersih tidak jauh sifatnya daripada Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan. PKM, menyebut namanya sahaja orang sudah gerun, tetapi berlainan dengan Bersih yang sah-sah adalah haram terselit di dalamnya PAS – Parti Islam Semalaysia.

Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menyifatkan bantahan melalui lebih daripada 2,000 laporan polis yang dibuat hanyalah kesan daripada hasutan pihak-pihak tertentu. Walaupun tidak disebut, tentulah yang dimaksudkan itu UMNO.

Malah, Presiden parti, Datuk Haji Hadi Awang mengarahkan kesemua ahli parti menyetai perhimpunan pengacau itu.

Mat Sabu dan Haji Hadi mungkin lupa siapakah yang mereka kerah itu. Mereka kerah dan arah orang Islam dan Melayu menyertai Ambiga, peguam yang membela Lina Joy dalam isu murtad beberapa tahun lalu. Lebih menyedihkan, Mat Sabu dan Hadi juga lupa sebenarnya siapakah yang mereka serang.

Mereka menyerang kerajaan pimpinan UMNO yang bererti menyerang orang Melayu dan orang Islam.

Kerana itulah PERKASA bangkit kerana PERKASA bukannya badan politik dan pelbagai macam latar-belakang orang Melayu ada di belakanganya.

PERKASA sejak awal-awal lagi menyedari dan melihat pertembungan 9 Julai kelak adalah pertembungan orang Melayu. PERKASA dan Pergerakan Pemuda UMNO serta NGO lain termasuk persatuan -persatuan silat dan pemikir Melayu sebenarnya berhasrat menjadi benteng mengelakkan berlakunya perhimpunan Bersih yang kotor itu.

Kenapa pertembungan 9 Julai ini wajib disekat…? Pemikir rasional dapat memikirkannya tetapi pengikut kalut mahu menjayakannya kerana mereka tidak dapat berfikir lebih jauh daripada faedah dan habuan jangka pendek yang diperolehi.

Hakikatnya peralihan pemerintahan di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak melalui pilihanraya umum 2008 tidak sedikitpun membuka mata banyak orang, khususnya Melayu.

Mereka tidak nampak dengan mata dan hati bahawa banyak perkara yang digendong selama hari ini bukan sahaja berciciran tetapi dirampas.

Demikiannlah tanah, gerai dan tapak perniagaan orang Melayu termasuk di Kelantan sendiri yang telah beralih tangan.

Soalnya sekarang, apakah jalan penyelsaiannya. Mengadakan perhimpunan untuk menyekat perhimpunan bukanlah jawapannya kerana tindakan tersebut pastinya akan membuahkan hasil yang pahit dan masam akhirnya.

Menjelang tarikh malang 9 Julai yang tinggal seminggu sahaja lagi, rasa takut atau sekurang-kurangnya khuatir di kalangan orang ramai semakin memuncak.

Ada yang mentafsirkan kenyataan PDRM perhimpunan itu bakal kritikal sebagai gambaran akan berlakunya kekacauan besar seperti peristiwa 13 Mei 1969 sehingga diisytiharkan darurat dan perintah berkurung. Lantaran itu sudah ada yang menyimpan bekalan makanan untuk menghadapi tanggal 9 Julai 2011.

Inilah masanya bagi PDRM menunjukkan ketegasannya. Wajar sangatlah ditutup sahaja pintu rundingan dan bukalah seluas-luasnya pintu lokap balai-balai polis di seluruh negara.

Kejadian penahanan 35 orang yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan menghidupkan kembali semangat PKM di utara dan beberapa kejadian dan penangkapan di merata negara adalah bukti betapa perlunya PDRM bertegas dan segera mengambil tindakan.

Yang mahu menggugat keamanan negara melalui Bersih ada beberapa kerat sahaja sebenarnya, sedangkan rakyat jelata yang lain tidak berpihak kepada mereka.

Pakar dan raja demonstrasi jalanan, HINDRAF sendiri tidak menyertai Bersih kerana mereka tahu niat dan oraganisasi haram itu sendiri adalah kotor.

Pada saat-saat meniti tanggal 9 Julai, peguam Karpal Singah dengan selamba dan bongkaknya mengesyorkan di Parlimen agar Bahasa Inngeris dijadikan bahasa pengantar. Beliau juga mahu bahasa Inggeris menjadi keutamaan di mahkamah.

Kenapa dengan biadapnya Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menyatakan demikian..?

Sebabnya, kepimpinan Melayu sedang kucar kacir dan pada saat-saat inilah mereka mahu mengambil kesempatan. Ini jugalah kaedah yang digunakan di Pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya di peringkat masjid.

Lemah lembut dan bertolak ansur PDRM selama ini mungkin bukan kaedah terbaik bagi para pengacau jalanan ini.

Pihak polis memang wajar hilang sabar apabila mereka dicabar saban hari dengan pelbagai provokasi.

Polis, dan mungkin tentera juga yang sudah bersiap-sedia perlu menghalang perhimpunan 9 Jali ini. Biarlah polis diberikan pelbagai gelaran dan tohmahan, asalkan rakyat jelata yang cintakan kemanan tidak teraniaya.

Biarlah DAP memberikan gelaran PRDM (Polis Raja di Malaysia) kepada polis asalkan fungsi dan tanggungjawabnya terlaksana dengan sempurna.

Mungkin ada baiknya pihak polis bertindak seperti PRDM khususnya kepada DAP dan pengacau yang lain asalkan majoriti tetap menyanjung tinggi setiap pegawai dan anggota PDRM.

Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit dan penyakit itu sengaja mahu ditaburkan di atas jalan.

Berikan kepercayaan sepenuhnya kepada PDRM untuk menghalang peristiwa 9 Julai ini. InsyaAllah segala-galanya akan beres!-3/7/2011- OLEH BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s