BERITAMH370 Hilang: Pakar bimbang insiden ada kaitan dengan ancaman bom kasut #PrayForMH370

MH370 Hilang: Pakar bimbang insiden ada kaitan dengan ancaman bom kasut #PrayForMH370

bom-kasut

WASHINGTON 9 Mac – Bekas pakar keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Kip Hawley menyuarakan kebimbangan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 mungkin ada kaitan dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS tentang ancaman bom kasut pada bulan lalu.

Meskipun tiada bukti menunjukkan unsur keganasan dalam kes terbabit, Hawley berkata, identiti dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat tersebut menimbulkan syak bahawa insiden tersebut mungkin ada kaitan dengan pengganas.

Beliau turut berharap pihak berkuasa AS akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan China bagi meneliti proses imbasan di pusat pemeriksaan bagi mengesan bahan letupan yang disembunyikan di dalam kasut.

Bulan lalu, pihak keselamatan AS memberi amaran kepada syarikat penerbangan di seluruh dunia tentang ancaman bom kasut.


Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami