UtamaNASIONALMH370 Hilang: Kapal selam...

MH370 Hilang: Kapal selam tidak terlibat operasi mencari dan menyelamat #PrayForMH370 - pakdin.my

MH370-lim-kit-siang-sub-marine

Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) menegaskan tiada kapal selam dihantar oleh negara jiran yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan perairan negara.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, sejak operasi tersebut dilaksanakan, hanya kapal jenis peronda dan penyelamat dihantar menyertai operasi tersebut sama ada oleh pihak berkuasa negara ini atau antarabangsa.

“Bukan kapal selam sebenar yang terlibat dalam misi ini sebaliknya kapal bantuan mencari dan menyelamat. Kapal ini terlibat dalam operasi tersebut di laut,” katanya dalam sidang akhbar tentang insiden kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini malam ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman; Ketua Pengarah Operasi dan Exercise Tentera Udara Malaysia (TUDM), Mejar Jeneral Affendi Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa Singapura menghantar sebuah kapal selam dalam operasi itu, sebaliknya negara jiran itu hanya menghantar kapal MV Swift Rescue Submarin iaitu sebuah kapal peronda yang turut membawa pasukan penyelam.

Difahamkan, Malaysia turut menghantar sebuah kapal jenis yang sama iaitu submarin MV Megabakti Vessel.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat itu.

Menurut Zulkifeli, antara pesawat yang digunakan ialah dari TUDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, kita juga mendapat bantuan pesawat dari negara jiran iaitu Thailand, Singapura, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

“Operasi menyelamat menggunakan kapal pula digerakkan oleh kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Maritim Malaysia dan 13 kapal milik negara jiran serta sebuah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga mendapat bantuan dari Vietnam yang menggerakkan pesawat sendiri bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan mereka.


Yang orang ingat Singpore hantar sub-marine tu sebenarnya MV Swift Rescue – Submarine Support and Rescue ‘Vessel ‘ (SSRV). Faham ke apa maksud VESSEL?

ssrv

Malaysia dah hantar SSV hari perama lagi MV Mega Bakti

MV Mega Bakti

Mana korang dengar kapal selam buat kerja rescue?

Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370

Berkaitan

Baca Juga

Kanak-kanak berusia 3 tahun di Wilayah Patani, Thailand dilaporkan dibawa ke hospital selepas makan brownies ganja

Siaran Facebook mendakwa bahawa seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di wilayah Pattani, Selatan Thailand dibawa ke hospital selepas dipercayai memakan brownies ganja. Hantaran itu...

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...