BERITANelayan Jumpa Objek Menyerupai Rakit Pesawat #MH370Hilang #PrayForMH370

Nelayan Jumpa Objek Menyerupai Rakit Pesawat #MH370Hilang #PrayForMH370

Nelayan Jumpa Objek Menyerupai Rakit Pesawat #MH370Hilang #PrayForMH370

Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat pesawat ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson.

Memetik laporan portal Berita Harian Online hari ini, salah seorang daripada mereka dilapor mendakwa objek itu ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Mereka kemudian menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM di Kuala Linggi dan Melaka untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi yang dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, objek itu tenggelam dan tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami