UtamaNASIONALUsaha Guna Bomoh Cari...

Usaha Guna Bomoh Cari MH370 Bertentangan Ajaran Islam – Jakim - pakdin.my

mh-370-bomoh

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Justeru, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

“Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata umat Islam harus menyakini bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

“Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua,” katanya.

Beliau berkata Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.

“Mana-Mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak,” katanya.

 

Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...