UtamaNASIONALRekod Radar Mungkin Bantu...

Rekod Radar Mungkin Bantu Rungkai Misteri Kehilangan MH370 - pakdin.my

MH370-insiden

Maklumat baharu berkaitan rekod radar dalam operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS), yang masuk hari kelima, mungkin membantu pakar serta pihak berkuasa terbabit merungkai misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat itu.

Petunjuk terbaharu itu bagaimanapun terus mencetus pelbagai teori berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal Sabtu lepas.

Pihak berkuasa Malaysia kini bekerjasama dengan pakar penerbangan antarabangsa meneliti kedua-dua rekod radar Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan militari berhubung laluan penerbangan MH370 sebelum pesawat itu hilang.

Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia bekerjasama dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat, Lembaga Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Syarikat Boeing dalam meneliti rekod kedua-dua radar.

Beliau berkata radar DCA menunjukkan butiran bahawa terdapat pesawat yang terbang di ruang udara negara.

Radar militari pula, selain memaparkan plot yang mewakili sesebuah pesawat, turut merekod satu pergerakan yang kemudian hilang pada 2.15 pagi di kawasan 200 batu barat laut Pulau Pinang.

“Memandangkan terdapat perbezaan maklumat antara kedua-dua radar, kami kini cuba menentukan sama ada penerbangan yang ditunjuk dalam radar berkenaan ialah MH370,” katanya.

Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Rodzali Daud Mohd Zin berkata kali terakhir isyarat pesawat itu hilang dari radar DCA ialah pada 1.30 pagi di utara pantai timur pada 8 Mac.

Beliau berkata radar militari turut mengesan sebuah pesawat yang didapati menuju ke kawasan pantai barat dari Laut China Selatan dipercayai mungkin penerbangan MH370 kerana radar berkenaan tidak dapat mengenal pasti pesawat itu.

Memandangkan maklumat berhubung laluan penerbangan pesawat agak kabur, pihak berkuasa memulakan operasi SAR di dua lokasi iaitu 120 batu nautika dari bahagian timur Kota Baharu dan Selat Melaka.

Malaysia turut memperluas kawasan pencarian MH370 kepada 27,000 batu nautika persegi di dua kawasan dengan memfokus di Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Pencarian di Selat Melaka meliputi 12,425 batu nautika persegi manakala di Laut China Selatan kira-kira 14,440 batu nautika persegi.

Hishammudin memberi jaminan bahawa pihak berkuasa yang berusaha sedaya upaya untuk mencari MH370.

Setakat ini, jumlah aset yang digerak dalam operasi SAR meningkat kepada 42 kapal laut dan 39 pesawat dengan disertai 12 negara, yang terbaharu ialah India, Japan serta Brunei.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...