Satelit China Kesan Kawasan Disyaki Pesawat Terhempas #MH370 #PrayForMH370 - pakdin.my

MH370-serpihan-satelit-cina.jpg136902520China berkata satelit miliknya mengesa tiga objek besar terapung di kawasan disyaki pesawat terhempas dekat kawasan terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan terputus hubungan.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Untuk Pertahanan Kebangsaan Negara China pada lewat malam Rabu berkata, satelitnya melihat beberapa objek dikawasan yang disyaki pesawat terhempas dekat Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dan gambar tersebut sedang dianalisis.

Misi mencari pesawat MH370 diperluaskan hampir 27,000 batu nautika ( lebih 90,000 kilometer persegi) dan membabitkan tentara laut dan tentera udara dari pelbagai negara.

Operasi tersebut tertumpu di kawasan luar perairan Vietnam, lokasi terakhir juruterbang pesawat itu berhubung dengan pusat kawalan trafik udara Malaysia sebelum hilang dari radar.

Pihak berkuasa Malaysia kemudiannya memperluaskan operasinya ke Laut Andaman, utara Indonesia,

Objek yang dikesan satelit China ditemui pada kedudukan 105.63 darjah Longitud Timur dan 6.7 darjah Latitud Utara, kata pentadbiran tersebut di laman webnya.

Menurut laman web itu, objek tersebut bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometer dengan saiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter.

Berita selanjutnya menyusul.


 

Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370

UTAMABERITASatelit China Kesan Kawasan Disyaki Pesawat Terhempas #MH370 #PrayForMH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium