Malaysia Hantar Pesawat Ke kawasan ‘Imej Terapung’ Dikesan Satelit China #MH370Hilang #PrayForMH370 - pakdin.my

MH370-serpihan-satelit-cina.jpg136902520

Malaysia, pada Khamis menghantar pesawat untuk menyiasat kawasan yang menunjukkan gambar tiga “objek terapung” yang dirakamkan satelit China.

“Krew Bombardier APMM telah dihantar untuk menyiasat dakwaan imej serpihan yang ditemui oleh satelit Cina,” kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Twitter beliau.

Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang masuk hari keenam dengan 239 orang berada di atas kapal.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Untuk Pertahanan Kebangsaan Negara China pada lewat malam Rabu berkata, satelitnya melihat beberapa objek dikawasan yang disyaki pesawat terhempas dekat Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dan gambar tersebut sedang dianalisis.
Objek yang dikesan satelit China ditemui pada kedudukan 105.63 darjah Longitud Timur dan 6.7 darjah Latitud Utara, kata pentadbiran tersebut di laman webnya.
Menurut laman web itu, objek tersebut bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometer dengan saiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter.

mh370-imej-satelit-china

UTAMABERITAMalaysia Hantar Pesawat Ke kawasan 'Imej Terapung' Dikesan Satelit China #MH370Hilang #PrayForMH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium