UtamaNASIONALPenyiasat Amerika Syak Pesawat...

Penyiasat Amerika Syak Pesawat Terbang Empat Jam Selepas Terputus Hubungan #MH370 #PrayForMH370 - pakdin.my

Tiada pengeahan rasmi

MH370-mysteryPenyelidik Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat Malaysia yang hilang berada di udara selama empat jam selepas terputus hubungan, Wall Street Journal melaporkan Khamis.

Menurut laporan tersebut, penyiasat penerbangan AS dan pejabat keselamatan negara mendasarkan teori mereka kepada data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar ke darat dari enjin Rolls Royce yang mencadangkan bahawa Boeing 777 terbang selama lima jam.

WSJ mengaitkan maklumat itu kepada dua sumber yang tidak dapat dikenalpasti yang ‘biasa dengan butiran’ tersebut.

Ini bermakna, penerbangan Malaysia Airlines yang mempunyai 239 orang di atas kapal mungkin membuat perjalanan selama beratus-ratus batu selepas membuat hubungan terakhir dengan kawalan trafik udara pada kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu, kira-kira satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Pasukan carian telah pun meliputi kawasan yang besar yang terdiri daripada 27,000 batu nautika (lebih 90,000 kilometer persegi) dari Laut China Selatan di perairan barat Malaysia.

Penyiasat menjelaskan bahawa mereka masih menimbangkan bahawa berlakunya rampasan sebagai salah satu teori siasatan dan CIA tidak menolak kehilangan mempunyai kaitan dengan serangan keganasan.

“Pegawai antikeganasan AS berkata terdapat kemungkinan juruterbang atau seseorang yang lain di atas pesawat itu mungkin mengalihkan pesawat ke arah lokasi yang tidak didedahkan selepas sengaja mematikan transponder pesawat untuk mengelakkan daripada pengesanan radar,” lapor WSJ, memetik “seorang yang membuat pengesanan dalam siasatan”.

Ketidakpastian mengenai pesawat dan mengapa transponder tidak berfungsi “telah menimbulkan teori di kalangan penyiasat bahawa pesawat itu mungkin telah dirampas atas sebab-sebab yang kelihatan tidak jelas kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat”.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU