BERITAPDRM Nafi Siasat Krew MH370 Atau Penumpang Etnik Uighur #MH370 #PrayForMH370

PDRM Nafi Siasat Krew MH370 Atau Penumpang Etnik Uighur #MH370 #PrayForMH370

PDRM Nafi Siasat Krew MH370 Atau Penumpang Etnik Uighur #MH370 #PrayForMH370

Bukit Aman menafikan laporan di beberapa laman portal online dan akhbar tempatan bahawa polis sedang memberi tumpuan kepada siasatan terhadap salah seorang krew MH370 dan seorang warga China berusia 35 tahun dari etnik Uighur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata beliau tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung siasatan berhubung kehilangan MH370 kepada media.

“Siasatan ini adalah rahsia dan sedang dijalankan.

“Polis akan mendedahkan perkembangan terkini mengenai kes tersebut pada waktu yang sesuai,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata sebarang laporan yang memetik beliau sebagai mengesahkan perkara itu adalah tidak benar.

“Laporan seperti itu tidak benar,” katanya bagi mengulas laporan dakwaan tersebut.

Laporan tersebut mendakwa polis telah menyerbu rumah salah seorang krew tersebut dan menyoal ahli keluarga mereka.

Malah, lelaki etnik Uighur itu dilaporkan turut disiasat kerana latar belakangnya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Kerana Dadah

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami