#MH370: Spekulasi Pesawat Berpatah Merentasi Semenanjung Menghala Ke Andaman - pakdin.my

MH370-Lautan-Hindi-Andaman

Sumber yang rapat dengan pasukan penyiasat kehilangan  MH370 membuat andaian penerbangan tersebut telah sengaja menerbangkan pesawat merentasi Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman.

ddg100kidd_01

Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, telah mendedahkan bahawa plot yang dibuat menunjukkan pesawat MH370 mengikuti titik laluan penerbangan, yang membawa maksud bahawa orang yang menerbangkan pesawat itu mempunyai pengalaman penerbangan dan mengikuti laluan biasanya digunakan oleh pesawat komersial.

Selepas 7 hari kerja mencari dan menyelamat secara intensif dilakukan masih belum ada tanda-tanda kepada penemuan pesawat tersebut dan penyiasatan itu kini beralih ke arah kemungkinan bahawa pesawat itu mengubah arah dan hilang dalam perjalanan setelah gagal mendarat dilaluan asal ke Beijing.

MH370-Lautan-Hindi-Andaman-2

BirnQGVCAAEZ0It

Penyiasatan radar yang dibuat oleh pihak tentera udara, kemungkinan MH370 menukar arah ke Barat merentasi Semenanjung Malaysia menuju ke arah yang dipanggil ‘Vampi”,  Timur Laut Wilayah Acheh, Indonesia. Koordinat pelayaran yang digunakan pesawat tersebut mengikuti haluan N571 ke Timur Tengah.

Dari sana, plot menunjukkan kapal terbang itu terbang ke arah waypoint yang dipanggil “Gival”, selatan pulau Phuket, Thailand  dan terakhir diplot menuju barat laut ke arah waypoint lain yang dipanggil “Igrex”, di laluan P628 yang akan mengambil laluan atas Kepulauan Andaman yang biasa dugunakan penerbangan untuk terbang ke arah Eropah.

UTAMABERITA#MH370: Spekulasi Pesawat Berpatah Merentasi Semenanjung Menghala Ke Andaman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium