BERITAData Menunjukkan Laluan Pesawat #MH370 Dialihkan Juruterbang 'Profesional'

Data Menunjukkan Laluan Pesawat #MH370 Dialihkan Juruterbang ‘Profesional’

Data Menunjukkan Laluan Pesawat #MH370 Dialihkan Juruterbang ‘Profesional’

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, mungkin sengaja dialihkan ke arah Lautan Hindi oleh seseorang yang ada kemahiran tentang penerbangan dan kedudukan radar, kata seorang pegawai kanan tentera Malaysia.

Komen tersebut menguatkan lagi dakwaan mengenai misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang itu mungkin dirampas.

“Individu itu boleh jadi juruterbang yang profesional dan cekap,” kata pegawai tersebut yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Beliau berkata, teori itu berdasarkan data dari radar militari yang masih lagi tidak diketahui.

Radar tersebut terus mengesan laluan pesawat selama beberapa jam selepas ia hilang dari radar pusat kawalan trafik udara dan radar awam, katanya.

Pesawat itu dipercayai diterbangkan ke Lautan Hindi, beratus-ratus kilometer dari laluan sebenar penerbangan pesawat itu.

“Dia tahu cara untuk mengelak dikesan radar awam. Dia dilihat sudah mengkaji cara untuk mengelak daripada dikesan,” katanya.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat satu objek yang tidak dikenali dikesan oleh data radar militari sedang menuju ke Laut Andaman beberapa jam selepas pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 1.30 pagi

 

#MH370: Spekulasi Pesawat Berpatah Merentasi Semenanjung Menghala Ke Andaman

#MH370: Spekulasi Pesawat Berpatah Merentasi Semenanjung Menghala Ke Andaman

Sumber yang rapat dengan pasukan penyiasat kehilangan  MH370 membuat andaian penerbangan tersebut telah sengaja menerbangkan pesawat merentasi Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman. ddg100kidd_01 Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, telah mendedahkan bahawa plot yang dibuat menunjuk

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami