UtamaNASIONAL#MH370: Sidang Media Hishamuddin...

#MH370: Sidang Media Hishamuddin 16/03/14 - pakdin.my

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media berhubung pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di Sepang, Ahad. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan).
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media berhubung pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di Sepang, Ahad. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan).

BERIKUT kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada taklimat media hari ini berhubung usaha menjejak kehilangan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370, Ahad:
“Saya faham ramai daripada anda telah mengemukakan soalan dan saya akan cuba menjawab beberapa soalan menerusi kenyataan saya hari ini.

Setiap hari membuka lembaran baharu khususnya kerana tumpuan semula dan memperluaskan kawasan carian – dan seperti biasa, kami mempunyai tanggungjawab mengeluarkan maklumat yang telah disokong dan disahkan.

Kami tidak boleh memberi respons kepada setiap permintaan dengan segera…jadi saya minta anda bersabar dengan kami.

1. Kawasan Pencarian

“Seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri semalam, operasi telah memasuki fasa baharu. Usaha mencari menjadi semakin rumit melibatkan usaha multinasional. Ia kini menjadi lebih sukar. Kawasan carian diperluaskan secara ketara dan kaedah pencarian telah berubah. Tumpuan kepada laut cetek kini berubah kepada kawasan darat yang luas merentasi 11 buah negara serta kawasan lautan jauh dan kedalaman.

Bilangan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat telah bertambah daripada 14 kepada 25 negara di mana ini membawa cabaran baharu dari segi penyelarasan dan diplomasi. Ini menentukur semula ketara usaha pencarian ini. Operasi mencari dan menyelamat ini adalah usaha multinasional yang diterajui dan diselaraskan oleh Malaysia.

“Dalam tempoh 24 jam lepas, Perdana Menteri telah bercakap dengan Perdana Menteri Bangladesh, Presiden Turkmenistan, Presiden Kazakhstan dan Perdana Menteri India.

Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370

Semalam, Kementerian Luar Malaysia memberi taklimat kepada perwakilan daripada negara-negara di sepanjang koridor utara dan selatan dan setakat
2 petang hari ini, Kementerian Luar telah memberi taklimat kepada perwakilan daripada 22 negara serta negara-negara lain yang mungkin membantu.

Ini termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyztan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Australia.

Para pegawai Malaysia sedang memohon sokongan daripada negara-negara ini serta negara lain. Sokongan itu termasuk data satelit awam, radar – kedua-dua radar utama dan kecil, peruntukan untuk usaha carian di darat, laut dan udara serta aset yang bersesuaian.

“Kami kini berbincang dengan kesemua rakan cara terbaik untuk menghantar aset di sepanjang dua koridor carian. Setakat ini, kedua-dua koridor utara dan selatan diberi tumpuan dan kepentingan yang sama.

“Kami meminta negara-negara yang mempunyai satelit, aset antara lain Amerika Syarikat, China dan Perancis supaya menyediakan lagi data satelit. Selain itu, kami menghubungi negara-negara tambahan yang mungkin menyumbang aset tertentu berkaitan dengan operasi mencari dan menyelamat. Pesawat pemantauan dan kapal maritim diperlukan terutama bagi koridor selatan.”

2. Siasatan Polis

Seperti Perdana Menteri menyatakan semalam, sehingga masa pesawat itu meninggalkan liputan radar tentera, pergerakan pesawat itu konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat itu.

“Saya tidak boleh mengulas mengenai teori-teori spekulatif tentang apa yang mungkin telah menyebabkan lencongan daripada laluan penerbangan asal kerana saya tidak mahu menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

“Saya memahami anda dahaga untuk maklumat baharu tetapi kami tidak mahu membuat kesimpulan dengan segera. Sebagai penghormatan kepada keluarga dan proses itu sendiri, kita mesti menunggu supaya penyiasatan diselesaikan.

“Pihak berkuasa Malaysia sedang menumpukan semula siasatan terhadap semua anak kapal dan penumpang MH370 serta petugas darat yang mengendalikan pesawat itu.

“Semalam, pegawai daripada Polis Diraja Malaysia telah mengunjungi rumah juruterbang. Mereka bercakap dengan ahli keluarga juruterbang dan pakar sedang memeriksa simulator milik juruterbang itu. Polis juga mengunjungi rumah pembantu juruterbang.

“Menurut Malaysia Airlines, juruterbang dan pembantu juruterbang tidak meminta supaya digandingkan dalam penerbangan itu. Saya ingin menegaskan bahawa Malaysia sedang bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang antarabangsa sejak hari pertama.

3. Penyelenggaraan Pesawat

Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tertakluk kepada program penyelenggaraan yang disyaratkan: Dokumen Perancangan Penyelenggaraan Boeing. Pemeriksaan dilakukan mengikut program ini. Pesawat ini diselanggara dengan sepenuhnya dan layak untuk melakukan penerbangan.

4. Perkembangan Terbaru

Pasukan Inmarsat tiba semalam dan akan menyokong pasukan penyiasat termasuk pihak berkuasa Malaysia serta pasukan daripada United Kingdom dan Amerika Syarikat.

5. Ulasan Penutup:
Saya ingin membuat kesimpulan dengan mengulangi bahawa pencarian MH370 telah memasukan fasa baharu. Maklumat yang dikeluarkan semalam telah menyediakan petunjuk baharu dan memberi hala tuju baharu kepada proses pencarian.

“Kami akan menyediakan maklumat lanjut mengenai penugasan semula aset sebaik diperolehi. Fakta mesti disokong dan disahkan sebelum diumumkan. Apabila mungkin, kami akan memberi taklimat sepenuhnya kepada media tetapi keutamaan kami kekal untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Untuk itu, kami telah terlibat dalam usaha-usaha diplomatik dan penyiasatan sejak 24 jam yang lepas.”

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...