BERITA#MH370: 'All Right, Good Night' Disahkan Suara Pembantu Juruterbang

#MH370: ‘All Right, Good Night’ Disahkan Suara Pembantu Juruterbang

Fariq Ab Hamid
Fariq Ab Hamid

Kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipercayai suara pembantu juruterbang.

“Siasatan awal menunjukkan kata-kata terakhir itu merupakan suara pembantu juruterbang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media, Isnin.

Kata-kata akhir dari kokpit – ‘All right, good night’ – didengari selepas salah satu sistem isyarat penting dalam pesawat tersebut dimatikan secara manual.

Beberapa pegawai sebelum ini memberitahu, kata-kata terakhir itu datang pada satu tempoh masa apabila salah satu data sistem komunikasi pesawat tersebut sudah dimatikan.

Masa kata-kata terakhir itu menguatkan lagi rasa sangsi terhadap salah seorang juruterbang yang mungkin terlibat dalam misteri kehilangan pesawat itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami