UtamaNASIONAL#MH370 Ubah Haluan :...

#MH370 Ubah Haluan : Telah Di Atur Di Dalam Sistem Komputer Pesawat Lebih Awal, Tolak Kemungkinan Perbuatan Rampasan Oleh Penumpang - pakdin.my

MH370-masking-terrain.jpg
‘Terrain masking’, seperti yang digambarkan di sini, adalah teknik yang digunakan oleh juruterbang untuk mengelakkan pengesanan radar

 

  • Individu yang melakukan pengubahan haluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing memang memiliki kemahiran mengenai sistem penerbangan Boeng, tidak semestinya 777.
  • Pengendali cuma memerlukan tujuh atau lapan sentuhan pada papan kekunci kedalam komputer Sistem Pengurusan Penerbangan yang terletak di tengah kokpit diantara juruterbang dan pembantunya.
  • Kemungkinan ianya dilakukan oleh orang lain atau penumpang mengubah program Sistem Pengurusan Penerbangan sukar dipercayai dan amat tipis.
  • Maklumat ini meningkatkan tumpuan siasatan kepada kapten Zaharie Ahmad Shah, dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27.

Pusingan yang pertama ke barat dan mengalihkan laluan penerbangan MH370 yang seterusnya dilakukan melalui sistem komputer, bukan secara manual, menguatkan lagi andaian juruterbang atau pembantu juruterbang terlibat dalam kehilangan tersebut.

Orang pertama yang mengubah laluan kapal terbang yang hilang dari Kuala Lumpar ke Beijing memiliki berpengetahuan mengenai sistem Boeing, walaupun bukan 777, dengan menaip tujuh atau lapan ketukan kekunci ke dalam komputer yang terletak di antara kapten dan pembantu juruterbang.

Komputer, yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Penerbangan, mengarahkan sistem itu menurut pelan penerbangan dikemukakan sebelum berlepas. Ia bagaimanapun boleh diubah pertengahan penerbangan walau bagaimana pun tidak diketahui dengan tepat bila lencongan ke barat telah diprogramkan ke dalam Sistem Pengurusan Penerbangan MH370 itu.

MH370-flight-management-system

Penyiasat sedang mencari melalui simulator penerbangan yang dimiliki oleh Zaharie Shah untuk menentukan sama ada beliau telah memprogram semula pesawat luar laluan sebelum berlepas.

Juruterbang mengubah laluan atau menambah ‘waypoint’ atau lencongan untuk laluan yang sedia ada sekiranya mereka diarahkan oleh pengawal trafik udara dalam usaha untuk mengelakkan cuaca buruk atau trafik udara sibuk.

Tetapi dalam kes pesawat hilang, ‘waypoint’ itu juga di luar jalan ke Beijing.

Berita ini diterima pakai selepas didedahkan jet yang hilang menurun ke ketinggian 5,000 kaki untuk mengelakkan radar bumi.

Ini berpandukan laporan daripada penduduk kampung yang melihat lampu terang dan mendengar bunyi kuat pada masa yang pesawat itu diandaikan telah membuat ‘pusingan U.’

Penyiasat memberitahu bahawa Boeing 777 telah menurun kepada ketinggian yang lebih rendah untuk mengelakkan radar, menggunakan kawasan sekitarnya sebagai penghalang sonar.

Cara terbang begini adalah dianggap sebagai berbahaya dan berisiko, kerana ini akan memberikan tekanan yang besar terhadap rangka pesawat dan terbang rendah pada waktu malam tanpa bantuan radar boleh membawa kepada kapal terbang terhempas melanggar pokok-pokok atau gunung.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...