#MH370: Bakal Duta Jepun Nafi Maklumat Tidak Selaras Oleh Kerajaan Malaysia

MH370-sar-jepun

Dalam apa yang disifatkan oleh media antarabangsa sebagai misteri paling membingungkan dalam penerbangan moden, bakal Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa menafikan bahawa maklumat diberikan kerajaan Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah tidak selaras.

Dalam taklimat media di kediaman duta itu di sini hari ini, beliau berkata setakat ini, tiada tanggapan sedemikian daripada anggota pasukan SAR Jepun.

“Terdapat 107 pegawai, terdiri anggota Kementerian Pertahanan dan Pengawal Pantai Jepun, berpangkalan di Lapangan Terbang Subang, dan tiada sebarang masalah seumpama itu daripada pihak kerajaan Malaysia.

“Kerajaan Malaysia memberikan kerjasama baik kepada kami, memberikan kami banyak maklumat, tepat pada masanya dan amat cepat. Oleh itu, kami tiada sebarang masalah untuk menyertai operasi ini,” katanya.

Kepada soalan sama ada Jepun akan menghentikan misi SAR, Miyagawa berkata Jepun tidak akan menghentikan kerjasamanya untuk membantu Malaysia, malah akan meneruskan dan memperluaskan bantuan berdasarkan perkembangan terbaru.

Beliau berkata Jepun kini menumpukan ke kawasan tenggara Indonesia, terletak di sepanjang garisan koridor selatan, tetapi akan bergantung kepada perkembangan terkini dan penyelarasan oleh kerajaan Malaysia.

Selain itu, katanya Jepun tidak berdepan halangan undang-undang dalam misi SAR, dari segi menjalankan operasi mencari di kawasan tenggara Indonesia.

Beliau menegaskan kerajaan Malaysia telah melakukannya dengan amat baik dan Jepun akan terus memberikan bantuan sebaik mungkin sebagai tanda perpaduan dengan kerajaan dan rakyatnya.

Tokyo menghantar pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) pada 11 Mac, sebagai respons kepada permintaan Kuala Lumpur untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 itu.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Miyagawa berkata insiden MH370 tidak menjejaskan keyakinan komuniti perniagaan Jepun kerana Malaysia sentiasa menganggap pelaburan dari Jepun sebagai yang terbanyak dan terbesar.

“Bagi saya, insiden ini tidak akan menjejaskan aktiviti berkaitan perniagaan Jepun di Malaysia, dan sebagai duta baharu, saya ingin menggalakkan mereka mengekalkan ketabahan dan minat untuk mengambil bahagian dalam industri Malaysia,” katanya.

Katanya sektor teknologi Jepun menyambut baik pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Tokyo Disember lepas untuk turut serta dalam projek infrastruktur Malaysia, termasuk kereta api berkelajuan tinggi dan penyaluran air.

Miyagawa, 63, sebelum ini merupakan duta bertanggungjawab bagi Kerjasama Tenaga Nuklear Jepun-AS di Kementerian Luar, lulusan Doktor Falsafah (PhD) dari Oxford University dalam Hubungan Antarabangsa dan Undang-undang.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas pertumbuhan amat baik dan dari segi pemodenan berbanding pertama kali beliau melawat negara ini kira-kira 20 tahun lepas.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...