UtamaNASIONAL#MH370: Simulator Mungkin Boleh...

#MH370: Simulator Mungkin Boleh Beri Petunjuk - pakdin.my

Flight Simulator Boeng 777-200
Flight Simulator Boeng 777-200

Siasatan polis terhadap kehilangan pesawat MH370 berkemungkinan besar akan memberi tumpuan terhadap Kapten Zaharie Ahmad Shah sama ada beliau telah melakukan pendaratan di lapangan terbang yang terdapat dalam simulator penerbangan di rumahnya.

Seorang pelatih juruterbang yang berpengalaman menerbangkan Boeing 777-200 berkata simulator yang terdapat di rumah Zaharie boleh membantu juruterbang membiasakan dirinya dengan mana-mana lapangan terbang dari bahagian selatan Lautan Hindi sehingga ke bahagian utara di Kazakhstan.

“Tekaan saya pihak polis yang telah memasang semula simulator miliknya cuba untuk melihat jika terdapat laluan penerbangan yang dicatatkan pada simulator sama dengan laluan MH370 yang mungkin telah diterbangkan.

“Polis juga boleh mencari sebarang lapangan terbang yang ‘luar biasa’ pada simulator yang digunakan untuk melakukan pendaratan, ” kata pelatih juruterbang itu.

Beliau mengulas laporan pada Selasa yang memetik sumber mengatakan bahawa polis menemui lima buah lapangan terbang pada simulator milik Kapten Zaharie.

Lapangan terbang tersebut adalah Male di Maldives, pangkalan udara Amerika Syarikat, Diego Garcia, sebuah lapangan terbang di Sri Lanka dan lain-lain di selatan India, yang kesemuanya mempunyai landasan dengan panjang sekurang-kurangnya 1km.

Diego Garcia adalah pulau di Lautan Hindi di mana Tentera Amerika Syarikat mempunyai pangkalan tentera laut dan udara dengan landasan yang mampu menampung pesawat besar.

Walaupun laporan itu belum disahkan tetapi jurulatih juruterbang itu berkata jika benar lima lapangan terbang dilihat pada simulator, “maka ia dilihat tidak baik untuk Kapten Zaharie.”

CNN melaporkan pada 13 Mac bahawa Zaharie telah memaparkan bahawa beliau telah membina sebuah simulator penerbangan sendiri pada November 2012 di forum dalam talian Jerman, X- Sim.de .

“Kira-kira sebulan yang lalu saya selesai memasang FSX dan FS9 dengan enam monitor,” dalam mesej yang ditandatangani Kapten Zaharie Ahmad Shah BOEING 777 MALAYSIA AIRLINES.

FS9 dan FSX adalah singkatan bagi Microsoft Flight Simulator (Versi 9) dan Simulator Penerbangan X (Version), dua daripada versi penerbangan yang paling baru dan popular di kalangan ‘gamers’ dan peminat penerbangan.

Versi semasa FSX dipasarkan bukan sahaja sebagai satu permainan tetapi sebagai bantuan latihan berguna untuk juruterbang.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...