UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 - Dinasihatkan...

BEERSIH 2.0 – Dinasihatkan Terima Cadangan PM – Mohd. Asri - pakdin.my

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mempertimbangkan tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berhimpun di stadium berbanding berdemonstrasi haram di sekitar ibu kota pada Sabtu ini.

Menurut beliau, tawaran menjadikan stadium sebagai lokasi perhimpunan merupakan satu cadangan yang boleh diterima semua pihak bagi mengelakkan tercetusnya huru-hara.

“Perhimpunan di dalam stadium pastinya lebih selamat. Mereka (penganjur) juga boleh meminta wakil Yang di-Pertuan Agong untuk menerima memorandum bagi menuntut pilihan raya telus dan adil.

“Jika melimpah (terlalu ramai), berikan saja isyarat, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa sebarang gangguan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Malah beliau turut mengesyorkan perhimpunan Bersih digantikan dengan Minggu Bersih agar sesiapa saja yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada dapat meluahkan perasaan mereka.

“Bukan saja mereka yang menuntut sistem demokrasi lebih adil tetapi rakyat yang membantah kenaikan harga barang juga boleh menyertai kempen Minggu Bersih ini,” ujarnya.

Bagi memastikan kempen itu berjalan secara efektif, beliau mencadangkan ia diadakan selama seminggu dengan rakyat mengibarkan bendera Malaysia sebagai menyokong tuntutan terhadap pilihan raya telus dan adil.

“Dengan cara ini, lebih ramai rakyat dapat turut serta dalam keadaan yang lebih selamat dan meriah. Mereka juga boleh memakai riben kuning tanpa perlu mengadakan demonstrasi haram,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno juga boleh mengadakan kempen tersendiri pada tarikh berbeza.

“Mereka boleh atur kempen masing-masing…tak patut sertai Minggu Bersih. Namun segalanya terpulang kepada mereka sama ada ingin mengadakan kempen pada tarikh yang sama atau berbeza,” tambahnya.

Bagaimanapun, Dr Asri memberitahu cadangan itu disuarakan bukan sebagai menyokong atau membantah tawaran Najib. Namun sebaliknya beliau berkata, setiap rakyat berhak bersuara bagi menuntut sistem demokrasi yang lebih adil.

Pada Isnin, Najib berkata kerajaan bersedia membenarkan perhimpunan Bersih jika ia diadakan di stadium.

“Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan…mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan.

“Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat… buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara,” katanya.

Pada Ahad, Tuanku Mizan bertitah supaya rakyat di negara ini tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Baginda turut bertitah supaya pihak kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s