BERITAAustralia Dakwa Jumpa Objek Berpadanan #MH370

Australia Dakwa Jumpa Objek Berpadanan #MH370

Australian Maritime Safety Authority (AMSA) dijadual mengadakan taklimat media pada pukul 3:30 petang waktu Sydney hari ini.

MH370-australi-jumpa-objek

Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu Ahli Parlimen mengenai ‘maklumat baru dan boleh dipercayai  berdasarkan imej satelit

Pihak berkuasa Australia yang melakukan pencarian di Lautan Hindi untuk mengesan MH370 telah menemui dua objek dan mengarahkan pesawat pengawasan untuk mengesan objek berkenaan, kata Perdana Menteri Tony Abbott.

“Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berdasarkan daripada imej satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan MH370,” kata Abbott kepada Ahli Parlimen hari ini.

“Berikutan analisis pakar imej satelit ini, telah dikenal pasti dua objek mungkin berkaitan MH370 “

MH370-RAAF-jumpa-pesawat

Tentera Udara Australia (RAAF) telah dirahkan ke kawasan tersebut untuk mencari objek dan RAAF akan menambah bilangan pesawat untuk membantu usaha mengesan.

AMSA dijadual mengadakan taklimat media pada pukul 3:30 petang waktu Sydney hari ini.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami