Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 - Polis...

BEERSIH 2.0 – Polis siasat bank tempatan terima dana asing Bersih - pakdin.my

 

Polis akan menyiasat dakwaan mengenai sebuah bank tempatan yang dikesan digunakan oleh penganjur perhimpunan

haram yang dirancang pada 9 Julai, Datuk S.Ambiga untuk menerima dana daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis akan bekerjasama dengan Bank Negara bagi menyiasat perkara itu.

“Kita akan menyiasat sesiapa juga yang ada elemen-elemen yang saya katakan boleh menunjukkan ada perkara-perkara yang telah berlaku, sedang berlaku atau pun dirancang berlaku yang boleh menjuruskan kepada ketidaktenteraman awam,” katanya kepada pemberita di sini selepas Majlis pelancaran Command Post Exercise (CPX) PDRM -ATM.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu pada Isnin melaporkan bahawa akaun bank tersebut yang sudah menerima ratusan ribu dana asing dan merupakan satu daripada lima akaun yang dimiliki pengerusi demonstrasi haram itu yang dirancang pada 9 Julai ini.

Menurut laporan itu lagi bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga dan NGO asing untuk menjayakan hasrat menghuru-harakan Malaysia kerana sebahagian saham bank itu dimiliki oleh seorang pemimpin pembangkang.

Mengenai titah Yang di-Pertuan Agong pada Ahad yang mengingatkan rakyat supaya memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara, Ismail berkata rakyat sepatutnya menuruti titah tersebut

“Saya rasa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa, kita kenalah mengambil perhatian titah Seri Paduka Baginda sebagai satu titah yang perlu diikuti untuk keamanan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Ismail berkata pihaknya akan mengambil apa sahaja tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyalahi undang-undang negara ini terutamanya berkaitan perhimpunan haram yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata sehingga kini pihak polis menerima 4,000 laporan polis berkaitan perhimpunan haram itu.

Beliau berkata jumlah tangkapan pula seramai 220 orang, dan daripada jumlah itu 170 orang telah dibebaskan manakala selebihnya masih direman untuk siasatan.-4/7/2011

———————————————

Polis Siasat Dana Untuk Penganjur Perhimpunan Haram (Bulrtin Utama)

Polis akan menyiasat dana yang dipercayai diterima penganjur perhimpunan haram melalui sebuah bank di negara ini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pihaknya akan bekerjasama dengan Bank Negara untuk menyiasat perkara itu.

Tan Sri Ismail Omar/Ketua Polis Negara
“Kita menyiasat bukan sahaja Datuk Ambiga tetapi sesiapa saja kalau ada elemen yang saya boleh mengaitkan bahawa ada perkara yang boleh berlaku, sedang berlaku, apa yang dirancang yang boleh menjurus kepada menyebabkan ketenteraman awam, tak perlu kebenaran. Kita ada proses siasatan tersendiri untuk menyiasat.”

Sehingga semalam katanya, 220 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan berkaitan perhimpunan haram.

170 daripadanya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Enam masih ditahan mengikut Ordinan Darurat 1969 manakala 26 lagi masih direman bagi membantu siasatan.

Tan Sri Ismail sebelum itu melancarkan latihan bersama anggota PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia

Link:

‘Siasat aktiviti aliran wang haram Anwar’
Beri imuniti kepada saksi pengubahan wang haram oleh Anwar– Gobala

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480