Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONAL#MH370: Keluarga Tidak Dapat...

#MH370: Keluarga Tidak Dapat Kawal Emosi Berikutan Pengumuman Baharu Najib - pakdin.my

MH370-waris-china

Keluarga kepada jurutera penerbangan, Mohd Khairul Amri Selamat yang berada di Hotel Everlyn Putrajaya di sini tidak dapat mengawal emosi mereka dengan tangisan air mata selepas menonton pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, menerusi siaran televisyen di lobi hotel.

Bapa Mohd Khairul Amri iaitu Selamat Omar, yang kebiasaannya bercakap dengan pemberita sejurus selepas sidang media sebelum ini, memberitahu wartawan bahawa beliau perlu bersendirian buat sementara waktu.

Keluarga lain bagi penumpang warga Malaysia, yang masih berada di hotel ini tidak kelihatan, mungkin berada di bilik mereka.

Di BANGI, waris penumpang warga China yang datang ke Kuala Lumpur dari Beijing sejak 11 Mac lalu, tidak dapat menahan kesedihan mereka apabila mendapat berita baharu mengenai pesawat MH370.

Seorang wanita dilihat menangis di lobi utama hotel.

“Saya tidak percaya! Saya mahu anak saya semula,” dia meraung kesedihan.

Wanita itu kemudiannya dibantu oleh dua saudaranya dan mengiringnya ke lif untuk dibawa ke bilik hotel.

Keselamatan di hotel tersebut dikawal ketat apabila para pengawal keselamatan telah menutup semua pintu di pintu masuk hotel.

Mesej teks yang dikatakan dihantar oleh MAS kepada keluarga dan saudara-mara sebelum pengumuman Najib nampaknya tidak sampai kepada waris warga China di Kuala Lumpur, kerana mereka masih berlegar di lobi dengan tenang sebelum pengumuman Najib.

Mesej berkenaan, yang dikongsi menerusi media sosial berbunyi: “Penerbangan Malaysia dengan duka citanya bahawa kita perlu menganggap melangkaui sebarang keraguan yang munasabah bahawa MH370 telah hilang dan tiada satupun dari mereka di dalam pesawat terselamat.

“Apabila anda mendengar pengumuman Najib dalam tempoh sejam lagi, kita semua perlu menerima bahawa semua keterangan mengatakan bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.”

Di BEIJING, kesedihan ahli keluarga penumpang dapat didengari oleh para pemberita malah sebelum mereka memasuki dewan di Hotel Metropark Lido, di mana kesemuanya menonton pengumuman Najib mengenai pesawat MH370.

Bunyi teriakan dan kerusi yang dipecahkan dapat didengari selepas ahli keluarga penumpang MH370 warga China mendapat berita mengenai peluang tipis insan tersayang untuk terselamat daripada insiden itu.

Sebaik sahaja pintu dibuka, ahli keluarga penumpang MH370 warga China terus bergegas keluar.

Terdapat beberapa ahli keluarga yang tidak bermaya untuk berjalan, dan terpaksa diiringi oleh orang lain apabila mereka cuba untuk mengelakkan dari rakaman lensa kamera jurugambar.

“Anda masih mahu mengambil gambar kami? Kami telah kehilangan orang yang kami sayangi!” teriak ahli keluarga itu.

Seorang lagi wanita warga emas gagal mengawal emosi, sambil menangis berkata, “Anak lelaki saya! Anak menantu perempuan saya, cucu saya, tiga generasi saya!”

Pengawal keselamatan kemudian terpaksa meminta media meninggalkan bilik itu di hotel.

Tiga pasukan perubatan dilaporkan dihantar ke hotel berkenaan, dengan para pegawai bantuan kecemasan mengusung mereka ke dalam bilik.

Terdahulu, pada kira-kira pukul 9 malam, MAS telah menghantar mesej kepada ahli keluarga bagi memaklumkan mereka mengenai perkara itu lebih awal sebelum ia diumumkan oleh Najib.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851