‘Tuhan Lebih Sayangkan Daddy’ – Maira Elizabeth Nari, Anak Ketua Pramugara #MH370 - pakdin.my

MH370-Maira

“Tuhan lebih sayangkan daddy… Tuhan lebih sayangkan mereka,” kata Maira Elizabeth Nari, anak perempuan Ketua Pramugara penerbangan MH370 Andrew Nari selepas mengetahui nasib pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau berkongsi kesedihan menerusi akaun Twitter selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat sidang media khas bagi mengumumkan perkembangan terkini pencarian pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) itu malam ini.

Ketika pengumuman itu dibuat, Maira Elizabeth, menerusi akaun Twitter beliau @Gorgxous_ pada mulanya menyebut: “I just don’t know what to say about it” (Saya tak tahu nak kata apa) diikuti “God loves you more daddy… God loves them more),” tiga minit kemudian.

Dalam mesej pada 11.30 malam beliau, Maira Elizabeth menyebut “I will never forget the look on his face when he opened his birthday present the other day. He was so happy!”

(Saya tak akan lupa riak wajah gembira beliau ketika membuka hadiah hari jadinya tempoh hari. Dia amat gembira)

Akaun itu mempunyai 57,162 pengikut dan 62,474 tweet setakat pukul 11.30 malam.

Peminat Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool FC turut melahirkan sokongan mereka kepadanya selepas Maira Elizabeth menulis mesej yang meruntun hati kepada ayahnya di Twitter pada 16 Mac lepas.

UTAMABERITA'Tuhan Lebih Sayangkan Daddy' - Maira Elizabeth Nari, Anak Ketua Pramugara #MH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium