UtamaNASIONALAnwar Gagal Keluarkan Kenyataan...

Anwar Gagal Keluarkan Kenyataan ‘Liwat Benar-Benar Berlaku’ Dalam Penghakiman Mahkamah Persekutuan Pada 2 September 2004 - pakdin.my

Kenyataan yang Anwar mahu keluarkan ialah “kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang…” 

Bagaimana agaknya Anwar pening kepala jika selaku perdana menteri semua menterinya bebas keluarkan kenyataan atas alasan pandangan peribadi?

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu gagal dalam usahanya untuk mengeluarkan kenyataan di dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebulat suara menolak permohonan semakan Anwar untuk memadamkan kenyataan berkenaan daripada penghakiman majoriti yang diputuskan sembilan tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad.

Abdul Hamid, yang kemudian dilantik Ketua Hakim Negara dan bersara pada 2008, dalam keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, membebaskan Anwar terhadap tuduhan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada 1994.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Zulkefli berkata Abdul Hamid berhak membuat kenyataan itu ketika menyampaikan keputusan majoriti berkenaan kerana terdapat bukti yang mencukupi pada rekod untuk mewajarkan ulasan itu.

Beliau berkata penghakiman majoriti itu menerima bahawa kejadian seksual itu sebenarnya telah berlaku tetapi ada keraguan bilakah kejadian itu berlaku.

Hakim Zulkefli berkata keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar itu adalah berdasarkan fakta bahawa tarikh kesalahan itu tidak dibuktikan dan tiada pada bila-bila masa mahkamah memutuskan kesalahan seksual itu tidak berlaku.

“Pada pandangan kami, keputusan yang dicapai dalam penghakiman majoriti di dalam kenyataan yang mahu dibuang itu sebenarnya berdasarkan bukti yang ditemui di dalam rekod rayuan.

“Sehubungan itu kenyataan berkenaan tidak boleh disebut sebagai ‘pendapat peribadi’ hakim berkenaan yang memutuskan keputusan majoriti,” katanya.

Anwar berkata kenyataan yang menjadi persoalan di dalam penghakiman majoriti itu harus dikeluarkan kerana ia adalah pendapat peribadi Abdul Hamid dan bukan merupakan asas untuk penghakiman majoriti.

Kenyataan yang Anwar mahu keluarkan ialah “kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang…” 

Sukma Darmawan ialah adik angkat Anwar yang didakwa bersama-sama Anwar terhadap pertuduhan meliwat.

Hakim Zulkefli berkata Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bahawa kenyataan itu adalah sebahagian daripada proses analisis yang dijalankan Abdul Hamid ketika menimbangkan keputusan majoriti itu.

Beliau berkata jika mahkamah membenarkan permohonan Anwar, ia akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk membuat permohonan sama untuk menyunting penghakiman mahkamah bagi memenuhi tujuan masing-masing.

“Pada pandangan kami ini dianggap mengganggu proses kehakiman, yang tidak dibenarkan,” kata Hakim Zulkefli.

Beliau berkata permohonan Anwar bukan kes yang sesuai dan wajar bagi Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasa semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengeluarkan suatu perintah memadamkan kenyataan itu.

Empat lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang menganggotai panel itu ialah Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...