#MH370: Semua Pihak Wajar Menerima ‘Pengakhiran’

MH360-flight-satellite

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah yang begitu berhati-hati dalam menangani kehilangan MH370. Sebarang kenyataan yang dibuat hanyalah berdasarkan laporan penyiasat dan pihak SAR. Sepanjang dua minggu kehilangan pesawat ini, hampir setiap kali kita dikhabarkan berita yang tidak dapat disahkan di samping tekaan-tekaan atau harapan semata-mata.

Dua perkara yang dapat disahkan, telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri iaitu pertamanya mengenai perubahan haluan pesawat secara sengaja pada minggu lalu, dan pengumuman yang menyayat hati semalam, iaitu mengenai ‘berakhirnya’ penerbangan MH370 di tengah-tengah Lautan Hindi.

Perdana Menteri memilih perkataan ‘berakhir’ tanpa menjelaskan ‘cara pengakhirannya’ kerana ia masih tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti, di situlah pengakhirannya berdasarkan penemuan serpihan oleh pasukan pencari.

Dalam kata lain, ‘berakhir’ bermakna pesawat itu telah terhenti penerbangannya di situ. Sama ada ia terhempas, atau menggelongsor dan tenggelam atau meletup di udara atau apa saja, masih belum dapat dipastikan. Justeru, perkataan ‘berakhir’ adalah yang paling tepat untuk menjelaskan apa yang diketahui setakat ini.

Pengakhiran penerbangan di tengah-tengah lautan yang luas, ganas dan dalam, serta gagal ditemui selama lebih dua minggu, membawa kita kepada satu kemungkinan sahaja iaitu tiada yang selamat. Memandangkan kawasan tersebut adalah jauh terpencil dari mana-mana kawasan pendaratan, maka sebarang teori atau spekulasi lain dianggap sebagai tidak logik dan diketepikan oleh pihak penyiasat.

Justeru, semua pihak wajar menerima pengakhiran ini sambil menanti keputusan penyiasatan. Namun, di masa yang sama, harus bersedia akan kemungkinan tidak akan mendapat jawapan untuk selama-lamanya. Cubaan untuk terus mencipta teori dan spekulasi hanya akan menyiksa emosi keluarga yang terlibat kalaupun tidak memburukkan keadaan.

Apa yang tinggal kini, hanyalah untuk kita mendoakan mereka yang pergi. Doa juga dipanjatkan kepada keluarga yang terlibat agar mampu menerima hakikat dan bersabar dengan ketentuan.

Kita juga tidak harus lupa mengucapkan penghargaan tertinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat yang bertungkus lumus tanpa mengira masa dan cuaca.

Selain itu, setinggi-tinggi penghormatan diberi kepada pihak kerajaan Malaysia yang kekal tenang dan professional mengendalikan insiden ini walaupun ditekan dan difitnah oleh berbagai pihak. Kerajaan telah membuktikan bahawa keutamaan diberi kepada pencarian MH370 serta tidak sedikit pun berganjak dari keutamaan itu, sehinggalah ke akhirnya.

Biarkan pembangkang terus mempolitikkan MH370, membela diri tanpa sebab dan menuduh kerajaan dengan berbagai tohmahan kerana insiden ini telah membantu rakyat melihat dengan lebih jelas lagi, yang mana kaca dan yang mana intan!

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...