Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBas Terbalik, 16 Penumpang...

Bas Terbalik, 16 Penumpang Bas Ekspres Nyaris Maut Berhampiran Jawi - pakdin.my

bas-terbalik-jawi

16 penumpang bas ekspres nyaris maut selepas bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 164 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara berhampiran Jawi malam Sabtu.

Dalam kejadian pukul 9.44 malam itu, enam penumpang parah manakala lapan orang, termasuk dua pemandu bas, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintenden Shafien Mamat berkata kemalangan berlaku ketika bas itu, yang dalam perjalanan dari Genting Hingland, Pahang ke Alor Star, Kedah, terbabas selepas sebuah kereta memotongnya dari sebelah kanan.

“Selepas kereta itu memotong bas berkenaan, kenderaan itu masuk semula ke lorong kiri secara tiba-tiba dan pemandu bas gagal mengawalnya lalu melanggar kereta yang dipandu seorang lelaki sebelum terbabas.

“Berikutan kejadian itu, bas berkenaan terbabas hingga masuk ke dalam longkang sebelum terbalik ke kiri jalan, dan nasib baik ia tidak mengenai kereta yang memotong bas berkenaan. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Shafien juga berkata enam penumpang yang parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya manakala mereka yang cedera ringan dibawa ke Hospital Sungai Bakap.

Beliau berkata polis akan mengambil keterangan pemandu bas berusia 30-an itu dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata sebanyak dua jentera dengan kekuatan 16 anggota dikejar ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam bas berkenaan.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh 15 minit,” katanya.

Sementara itu, seorang mangsa Mohd Fikri Azman, 23, berkata ketika kejadian, beliau sedang tidur dan tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum jatuh tergolek hingga ke bahagian depan bas.

Mohd Fikri, yang bekerja di Genting Hinglands, berkata keadaan menjadi kelam-kabut dan penumpang yang kebanyakan sedang tidur bertindak menjerit serta cuba memecahkan tingkap bas untuk keluar daripada kenderaan itu.

“Kami merangkak keluar melalui cermin yang pecah dan ada beberapa penumpang yang saya nampak dalam keadaan parah,” katanya.

Beliau berkata ini merupakan kemalangan pertama yang dialaminya sejak menggunakan perkhidmatan bas ekspres.

Katanya, sebaik berjaya keluar daripada bas itu, beliau turut membantu beberapa penumpang lain.

Mohd Fikri berkata beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Rozita dan Nurul Aniza diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501