BERITATiada had masa cari #MH370 - PM Australia

Tiada had masa cari #MH370 – PM Australia

Tony Abott
Tony Abott

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pagi ini berkata tiada had masa ditetapkan dalam usaha mencari pesawat Malaysia MH370 yang hilang yang kini memasuki lebih tiga minggu.

“Saya tida meletakkan sebarang had masa mengenainya,” katanya kepada wartawan di Pangkalan Udara Pearce di Perth.

“Kita akan terus mencari walaupun ia memerlukan masa yang panjang.

“Malah, usaha mencari secara intensif semakin ditingkatkan, bukannya berkurangan,” katanya.

Sebanyak 20 pesawat dan kapal terbabit dalam usaha mencari MH370 yang disambung hari ini di perairan selatan Lautan Hindi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Mengenai kami