BERITABanyak Petunjuk Mengenai #MH370 Hilang Di Selatan Lautan Hindi - Tony Abbott

Banyak Petunjuk Mengenai #MH370 Hilang Di Selatan Lautan Hindi – Tony Abbott

Banyak Petunjuk Mengenai #MH370 Hilang Di Selatan Lautan Hindi – Tony Abbott
Tony Abbott

PERTH: Kesemua petunjuk yang ditemui menunjukkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang di selatan Lautan Hindi, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Isnin, yang menyokong pandangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat itu telah terhempas.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu, tetapi selepas tiga minggu masih belum menemui sebarang bangkai atau serpihan pesawat.

Ramai waris kepada penumpang dan anak kapal di dalam pesawat itu berang pada pengumuman Najib bahawa berdasarkan analisis data satelit yang terperinci, pesawat itu “hilang di selatan Lautan Hindi”.

Tetapi Abbott berkata, beliau bersetuju dengan kesimpulan Najib itu.

“Pengumpulan petunjuk yang ada adalah bahawa pesawat itu telah hilang dan ia hilang di selatan Lautan Hindi,” katanya kepada para pemberita di pangkalan tentera di Perth bagi operasi mencari pesawat itu.

“Ia merupakan petunjuk yang banyak dan saya fikir Perdana Menteri, Najib Razak adalah lengkap untuk membawanya kepada kesimpulan itu, dan saya fikir apabila kesimpulan sudah dibuat, beliau akan bertanggungjawab untuk memberitahunya kepada umum.”

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami