Media China Minta Keluarga Penumpan #MH370 Bersikap Rasional

MH370-waris-china-gs

Media China meminta keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang supaya “tidak membiarkan kemarahan mereka mengatasi fakta dan kewarasan”, walaupun mereka berasa amat sedih.

Dalam ruangan pendapat umum bertajuk “Hadapi tragedi MH370 dengan rasional” yang disiarkan oleh akhbar China Daily pada Isnin, penulis Mei Xinyu berkata anggota keluarga mangsa perlu mematuhi nilai-nilai asas masyarakat bertamadun.

Beliau berkata mereka juga perlu menjaga “maruah sebagai sebuah kuasa besar”.

“Perkataan dan tingkah laku tidak waras yang bercanggah dengan nilai-nilai asas sekalipun atas nama ‘mempertahankan hak perundangan’, tidak akan membantu dalam hal ini.

“Sebaliknya, ia mungkin menikam diri sendiri dan menjejaskan keseluruhan kepentingan nasional, menyebabkan semua rakyat China menanggung kesan tragedi itu,” kata beliau dalam akhbar itu yang dimiliki kerajaan.

Xinyu, seorang penyelidik di Institut Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi Antarabangsa, Kementerian Perdagangan China, berkata warga China perlu memahami yang kejadian itu mungkin insiden paling aneh dalam sejarah penerbangan awam Asia.

Beliau menarik perhatian bahawa menemui pesawat dan menganalisis data teknikal akan mengambil masa.

“Penerbangan MH370 nampaknya jatuh di selatan Lautan Hindi yang sunyi dengan keadaan ombak yang tinggi dan kedalamannya mencecah beribu-ribu meter. Tidak banyak penerbangan sivil atau kapal-kapal laut melalui kawasan ini.

“Kita perlu ingat, ada kes di mana bangkai pesawat hanya dijumpai selepas beberapa tahun usaha mencari. Selain semua pihak perlu berusaha mencari hasil terbaik, mereka juga perlu bersedia untuk pencarian yang mengambil masa lama,” katanya.

Xinyu berkata keluarga dan waris perlu faham bahawa pencarian pesawat yang hilang itu membabitkan keupayaan ketenteraan dan rahsia pertahanan sesebuah negara.

Oleh itu, menuntut sebuah negara berdaulat untuk mengeluarkan semua maklumat adalah tidak wajar, dan adalah mustahil bagi semua maklumat rahsia itu didedahkan.

“Pendapat umum tidak sepatutnya menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kerana kononnya menyembunyikan maklumat berikutan ketiadaan bukti, memandangkan kita perlu bertindak mengikut undang-undang dan bukan dengan ‘membuat bising’ atau menunjukkan tingkah laku yang agresif atau tidak waras,” kata beliau.

Xinyu berkata anggota keluarga harus mengakui bahawa dalam insiden yang belum pernah berlaku itu, Malaysia tidak lepas tangan dan seluruh rakyat Malaysia menunjukkan kesedihan yang mendalam.

(Oleh itu) rakyat China perlu mengelak daripada mencetuskan kritikan dan memulakan pemulauan terhadap Malaysia bagi memastikan mereka tidak melukakan hati majoriti rakyat Malaysia.

“Semua rakyat China bersimpati dengan anggota keluarga penumpang MH370 dan berkongsi kesedihan mereka,” kata beliau.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sebanyak 154 daripada penumpang MH370 adalah warga China.

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di “selatan Lautan Hindi” berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Misi pencarian pelbagai negara dikerahkan di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat Boeing 777-200 itu, yang melencong daripada laluan asal penerbangannya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...