UtamaNASIONAL#MH370: KPN Selar Spekulasi...

#MH370: KPN Selar Spekulasi Terus Burukkan Imej Kapten Zaharie - pakdin.my

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kecewa dengan pihak tertentu yang berterusan membuat spekulasi tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 sehingga memalukan keluarga juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Beliau berkata spekulasi berkenaan bukan sahaja boleh memalukan keluarga terbabit tetapi juga ia boleh menjejaskan segala siasatan berhubung kejadian itu.

“Terlalu banyak spekulasi jadi kita kena berhati-hati ketika membaca. Saya tengok anaknya pun sudah menafikan, jadi ada pihak wartawan media (asing) yang kurang beretika sengaja tulis perkara-perkara yang tidak elok.

“Kalau ada yang boleh saya umumkan, saya akan umumkan tetapi kita semua kena faham perkara dalam siasatan, kita takut ia akan menjejaskan penyiasatan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan Sepanjang Hayat Bersama Pucuk Pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, Selasa.

Pada Isnin, anak Kapten Zaharie, Aishah menyelar laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, Khalid berkata terdapat peningkatan kes anggota polis di seluruh negara yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Keadaan itu, menurutnya, berikutan keadaan hidup rakyat di negara ini yang bertambah baik dan kemampuan untuk membeli makanan kesukaan masing-masing.

“Benda-benda ini semua perlu dikawal maknanya kita perlu beri kesedaran tentang betapa pentingnya untuk menjaga pemakanan dan kesihatan diri kita melalui senaman-senaman,” katanya.

Beliau mengingatkan warga polis agar menjaga kesihatan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan baik dan menikmati kualiti hidup yang sihat.

Turut hadir isteri Khalid yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Puan Sri Imran Ibrahim, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...