11 cedera kebakaran limpahan minyak di Dataran Shell Gua Musang - pakdin.my

KEBAKARAN-GUA-MUSANG

Gua Musang: Seramai 11 orang pelanggan kedai cedera dalam kebakaran membabitkan beberapa gerai makanan dalam kejadian di Persiaran Raya, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, tujuh kenderaan termasuk dua Proton Wira, sebuah, Nissan Grand Livina dan sebuah Toyota Harrier turut terbakar.

Kejadian dipercayai berlaku apabila limpahan minyak dari stesen minyak Shell mengalir ke kawasan rendah di mana terletaknya gerai-gerai makanan.

Apabila limpahan minyak sampai ke bahagian dapur gerai-gerai di sana, tiba-tiba bunyi letupan dan sekaligus berlakunya kebakaran.
Foto

GERAI makanan yang terbakar. FOTO Ihsan Bomba dan Penyelamat

Semua mangsa yang mengalami melecur di badan dan kaki dikejarkan ke Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

UTAMABERITA11 cedera kebakaran limpahan minyak di Dataran Shell Gua Musang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium