KLIA Diiktiraf Lapangan Terbang Kedua Terbaik Dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diiktiraf sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anuegrah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diiktiraf sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anuegrah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad berkata, KLIA secara konsisten menerima penganugerahan itu daripada Skytrax sejak 2010, di mana ia melibatkan testimoni usaha MAHB berterusan dalam mempertingkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan yang menggunakan lapangan terbang itu.

“Pencapaian ini sesuatu yang bermakna dan saya mengucapakan terima kasih dan tahniah kepada pasukan bertugas di KLIA, yang terus menaikkan lagi imej KLIA dan reputasi Malaysia Airports,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bashir berkata, dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCC) tidak lama lagi, akan menyediakan lapangan terbang yang lebih besar dengan kemudahan lebih baik.

Beliau menambah, ia akan membantu dalam menyokong pertumbuhan trafik yang baik bagi kemasukan ke Malaysia.

“Kita optimistik bahawa kita akan terus memberikan prestasi yang baik apabila KLIA2 hanya akan menyediakan perkhidmatan lebih baik, pada tahap dan pengalaman yang selesa, sebagai nilai tambah buat para pelanggan,” katanya.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax itu berdasarkan pencalonan 12.85 juta pelanggan melibatkan 110 kewarganegaraan, meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Kaji selidik itu menilai kepuasan para pelanggan dengan 39 petunjuk prestasi utama (KPI) untuk produk dan perkhidmatan lapangan terbang, dari daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen, sehingga ke pelepasan.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...