Australia yakin isyarat dikesan sepadan dengan pesawat Malaysia #MH370 yang hilang - pakdin.my

MH370-ocean-shield-australia

SYDNEY: pegawai Australia berkata hari ini, isyarat dikesan oleh pengesan kotak hitam yang yang dipasang pada kapal Australia yang melakukan operasi mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sepadan dengan perakam penerbangan pesawat.

“Jelas sekali, ini adalah penemuan paling diyakini,” kata Angus Houston, Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), pada sidang akhbar di Perth di barat Australia.

Houston berkata, dua isyarat telah dikesan di luar pantai barat laut Australia.

Pengesanan pertama kali selama 2.5 jam sebelum denyut hilang. Setelah kembali pulih, kapal itu dapat menerima kembali isyarat selama kira-kira 13 minit, katanya.

“Pada penemuan ini dua bunyi Pinger yang berbeza telah didengar,” kata Houston. “Yang paling menyakinkan, ianya sepadan dengan transmisi dari kedua-dua perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit. “

Sama ada isyarat itu dari pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac yang membawa 239 orang, memerlukan masa beberapa hari untuk disahkan, kata Houston.

Kotak hitam yang dijangka berada di dasar laut, dilengkapi dengan pengesan beacon yang menghantar isyarat ping tetapi bateri akan kehabisan kuasa sekarang, sebulan selepas pesawat MH370 hilang.

Jika kawasan isyarat boleh dikenalpasti dengan lebih rapat, ‘unmanned underwater vehicle’, Bluefin 21, akan dihantar untuk mencari bangkai di dasar laut dan untuk mengesahkan isyarat, kata Houston, yang menyatakan bahawa kawasan carian berpotensi adalah pada kedalaman 4.5km (2.8 batu), menepati keupayaan Bluefin 21.

“Kami berada di pinggir keupayaan dan kami mungkin terhad kepada keupayaan jika pesawat berakhir di air yang lebih dalam ,” katanya.” Dalam air lautan yang sangat dalam , tiada apa yang berlaku dengan cepat. “

MH370-signal-ocean-shield

Katanya, Ocean Shield terus mencari dikawasan terseut untuk cuba mendapatkan semula isyarat, sementara pasukan carian yang lain juga akan dihantar menyiasat laporan oleh kapal Cina, Haixun 01 yang terletak dikawasan lain beberapa ratus kilometer jauhnya.

UTAMABERITAAustralia yakin isyarat dikesan sepadan dengan pesawat Malaysia #MH370 yang hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium