BEERSIH 2.0 – Aliran Dana Bersih Disiasat, Anwar Lari Ke London… - pakdin.my

Oleh Selangordaily – Satu tindakan yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh penganjur BERSIH 2.0 mahupun pemimpin Pakatan Rakyat ialah siasatan ke atas akaun kewangan Ambiga Sreevanasan yang didakwa menerima pembiayaan dana daripada NGO-NGO asing.

Ambiga Sreevanasan sebelum ini telah mengaku menerima biaya daripada beberapa agensi asing terutama yang dimiliki oleh Zionis dan sangat terkenal kerana hubungkait agensi-agensi tersebut dengan Anwar Ibrahim serta pembunuhan jutaan umat Islam di serata dunia.

Polis akan menyiasat tentang sebuah bank tempatan yang dikesan digunakan oleh penganjur perhimpunan 9 Julai, Ambiga Sreevanasan untuk menerima dana daripada beberapa NGO asing bernilai puluhan juta ringgit. Itulah pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dan yang paling menariknya ialah apabila polis akan mendapat kerjasama bank pusat iaitu Bank Negara untuk melakukan siasatan tersebut.

Laporan daripada beberapa buah akhbar mendakwa Ambiga mempunyai akaun di bank tersebut yang sudah menerima puluhan juta ringgit dana asing dan merupakan satu daripada lima akaun yang dimiliki oleh Ambiga. Bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga dan NGO asing kerana sebahagian saham bank tersebut dimiliki oleh seorang pemimpin pembangkang.

Mungkin kerana faktor itulah, Anwar Ibrahim membawa keluarganya ‘lari’ ke London dan dijangka tidak akan bersama-sama demonstrasi BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti. Sebabnya, orang yang paling takut jikalau kewangan dan sumber kewangannya disiasat adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Sesuatu yang harus kita akui ialah, Anwar Ibrahim dalam mana-mana ceramahnya seringkali memperkatakan tentang kekayaan dan perolehan para pemimpin UMNO-BN tetapi tidak pernah sekalipun menceritakan dari mana sebenarnya dia memperolehi kekayaan yang tidak terkira.

Para pencacainya sibuk memperkatakan tentang Rosmah Mansor tetapi tidak pernah mempersoalkan bagaimana Anwar boleh ke luar negara setiap bulan dan berulang-alik dari Amerika Syarikat ke Malaysia bagaikan berulang alik dari Kuala Lumpur ke Shah Alam!

Sebarang dana asing yang ada di dalam akaun Ambiga Sreevanasan mengesahkan bahawa BERSIH 2.0 sebenarnya didalangi oleh kumpulan-kumpulan asing yang mahu melihat Malaysia huru-hara dan kacau-bilau. Sudah tentu pelaburan yang dibuat, memerlukan pulangan yang sangat besar.

Tidak ada orang yang cukup gila untuk meletakkan sejumlah wang yang bernilai puluhan juta ringgit tanpa sebarang motif dan tujuan. Sudah tentulah apa yang diminta oleh ‘para pelabur’ tersebut adalah Malaysia dan khazanahnya!

Maka disebabkan itulah, Ambiga dan BERSIH 2.0 menuntut sesuatu yang sebenarnya bersifat gila kerana Ambiga sendiri dalam pengakuan yang dibuat kepada seorang editor kanan mengesahkan bahawa BERSIH 2.0 sebenarnya tidak ada motif bagi sebarang tuntutan terhadap SPR kerana semua tuntutan tersebut tidak berasas.

Selama ini, SPR telah menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Dakwat kekal pula yang digunakan sebagai alasan yang bersungguh-sungguh sebenarnya adalah cerminan kepada kemunduran sikap serta tanggapan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebabnya, ketika kebanyakan negara di dunia ini, termasuklah negara-negara yang menggunakan dakwat kekal seperti India sudah beralih kepada kaedah biometrik, tuntutan Pakatan Rakyat agar penggunaan dakwat kekal digunakan pada musim mengundi tidak lebih daripada memperolok-olokkan Jabatan Pendaftaran Negara. Seolah-olah sebahagian daripada rakyat di negara ini masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Maka sudah sewajarnya Ambiga berasa kecut perut dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Kerjasama daripada Bank Negara, sudah tentu akan mendedahkan lebih banyak tembelang yang cuba ditutup oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini. Pendedahan tentang dana-dana asing yang bakal dibuat oleh pihak polis nanti, pastinya akan membuatkan Pakatan Rakyat tutup mulut, seperti mana Azmin Ali tutup mulut tentang isu ‘pengundi hantu’ yang dia sendiri daftarkan sewaktu dia menjadi Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri seperti yang didedahkan oleh SPR!

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Aliran Dana Bersih Disiasat, Anwar Lari Ke London…

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium