UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 - Perhimpunan...

BEERSIH 2.0 – Perhimpunan aman ke ni Ambiga? - pakdin.my

Barang berbahaya dijumpai di tiga lokasi

AMAR Singh Ishar Singh (tengah) bersama empat pegawainya menunjukkan parang, bom molotov cocktail, mercun bola dan baju T yang ditemui pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Julai – Polis menemui tiga bungkusan berisi barang-barang berbahaya termasuk bom molotov cocktail, parang dan mercun bola di tiga lokasi di ibu negara semalam, yang dijangka digunakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan haram pada Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua barang tersebut ditemui disembunyikan dalam pokok hiasan di hadapan Restoran The Ship di pusat beli-belah Kompleks Pertama, di bawah tangga Wisma Bumi Raya dan dalam semak di air pancut belakang Pusat Beli-belah Sogo di sini.

Beliau berkata, polis bertindak membuat pemeriksaan di tiga lokasi terletak kira-kira 150 meter antara satu sama lain itu setelah dihubungi oleh orang awam yang berasa syak apabila melihat tiga lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak berkeadaan mencurigakan meletakkan sesuatu di situ.

“Pada pukul 4.30 pagi semalam, dua ahli perniagaan yang sedang menggunakan tandas awam di belakang Pusat Beli-belah Kompleks Pertama telah melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berhenti di beberapa tempat berdekatan tandas awam tersebut.

“Ketiga-tiga suspek memakai kopiah putih menaiki kereta Proton Waja dan menutup muka dengan topeng dilihat tergesa-gesa menyembunyikan sesuatu di tiga lokasi berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Amar Singh, dua ahli perniagaan yang mengekori suspek dengan berjalan kaki kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut dan polis berjaya mengesan objek-objek yang disembunyikan itu pada pukul 6.30 pagi.

“Dalam bungkusan pertama di Restoran The Ship, polis menemui 28 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail, empat helai topeng muka dan sehelai baju T kuning tertera perkataan Bersih 2.0.

“Di Wisma Bumi Raya, kita menemui bungkusan kedua berisi 15 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail dan empat topeng muka,” katanya.

Amar Singh berkata, polis seterusnya menemui satu bungkusan guni di belakang Pusat Beli-belah Sogo mengandungi tiga bilah parang, dua helai baju T Bersih, masing-masing sebilah pisau pemotong daging dan gergaji serta beberapa lagi biji mercun bola.

Beliau berkata, polis percaya suspek sengaja meletakkan barang-barang berbahaya itu lebih awal di lokasi terbabit bagi mengelak ditangkap jika membawanya menjelang hari perhimpunan kerana polis akan membuat sekatan jalan raya.

Katanya, walaupun belum dapat dipastikan pemilik barang-barang tersebut, tetapi motifnya jelas bertujuan untuk digunakan semasa perhimpunan haram nanti.

“Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek dan kemungkinan ada lagi bungkusan berisi barang-barang berbahaya disembunyikan di lokasi lain melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta Unit Anjing Pengesan,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan, Letupan senjata Berbahaya.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU