Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 - Ambiga...

BEERSIH 2.0 – Ambiga Memang Jenis Subversif! - pakdin.my

Anwar & Ambiga

Selangordaily – Ambiga telah pilih Stadium Merdeka untuk kelangsungan demonstrasi BERSIH 2.0. Stadium yang hanya berkapasiti 30,000 orang itu dipilih berbanding Stadium Shah Alam yang mampu memuatkan seramai 100,000 orang. Stadium Merdeka dipilih berbanding Stadium Shah Alam, walaupun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim telah menawarkan Stadium Shah Alam untuk puak-puak BERSIH 2.0.

Mengapa Ambiga tetap ingin mengadakan BERSIH 2.0 di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur? Adakah kerana lokasi Stadium Merdeka lebih dekat dengan tiga lokasi asal BERSIH 2.0 berbanding Shah Alam? Adakah sebenarnya terdapat rancangan untuk rusuhan diadakan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur sebagaimana yang dirancang dan diuar-uarkan oleh beberapa blog pro-Pakatan Rakyat? Adakah sebenarnya rancangan untuk merusuh tetap juga akan dijalankan, bahkan Stadium Merdeka akan dijadikan sebagai pangkalan dan kubu yang teguh bagi menangkis sebarang serangan polis dan pihak berkuasa?

Terdapat beberapa mesej yang mengatakan, demonstrasi akan tetap dijalankan. Ketiga-tiga lokasi asal akan menjadi tempat pertemuan dan perhimpunan sebelum para peserta berarak ke Stadium Merdeka. Berbanding rancangan asal, perarakan dari ketiga-tiga lokasi menuju Istana Negara, sekarang ini Istana Negara telah bertukar menjadi Stadium Merdeka.

Dengan kata lain, helah Ambiga dan BERSIH 2.0 sebenarnya telah menjadi. Mereka menghadap KDYMM Yang Dipertuan Agong untuk menimbulkan persepsi kepada para pencacai dan penjilat bahawa KDYMM Yang Dipertuan Agong telah ‘mengiktiraf’ BERSIH 2.0 dan Perdana Menteri terpaksa menyediakan sebuah tempat untuk mereka jadikan sebagai pangkalan sebelum melancarkan serangan yang boleh menghuru-harakan Kuala Lumpur.

Alasan tentang perjuangan mendapatkan sebuah pilihanraya yang bersih dan telus sebenarnya hanyalah alasan semata-mata. Ia sebenarnya tidak relevan langsung dengan huru-hara yang DIJANJIKAN oleh Pakatan Rakyat. Memorandum yang dikatakan hendak diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong sehingga memerlukan perarakan dan demonstrasi sepatutnya sudah tidak sepatutnya wujud lagi, memandangkan kesempatan menghadap baginda, boleh digunakan untuk menyampaikan memorandum berkenaan.

Bagaimanapun, BERSIH 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak berminat untuk tujuan berkenaan kerana mereka sememangnya mempunyai muslihat lain. Objektif mereka ialah untuk mewujudkan ketidaktenteraman serta huru-hara di Kuala Lumpur. Apabila Najib Abdul Razak menawarkan stadium sebagai tempat mereka membuat himpunan, walaupun pada peringkat awalnya, tawaran tersebut dianggap menghina, tetapi apabila ternampak peluang yang lebih besar, puak-puak Pakatan Rakyat segera meraikan kemenangan mereka.

Stadum Merdeka

Kerana itulah, Stadium Shah Alam yang mempunyai kapasiti lebih besar, tidak dipandang oleh Ambiga Sreevanasan. Lagipun kalau hendak berarak dari tiga lokasi di tengah-tengah Kuala Lumpur ke Shah Alam, barangkali ramai peserta demonstrasi yang akan hilang kepala lutut kalau tidak pun dilenyek lori kontena di Lebuh Raya Persekutuan. Lagipun apalah maknanya membuat huru-hara di Shah Alam, memandangkan Shah Alam berada di dalam genggaman Pakatan Rakyat. Melakukan huru-hara di Selangor, samalah ertinya dengan menyerahkan tengkuk untuk disembelih walau atas alasan apa sekalipun.

Pemilihan Stadium Merdeka semakin mengesahkan bahawa BERSIH 2.0 sebenarnya hanyalah bermatlamat untuk mencetuskan rusuhan dan huru-hara di Kuala Lumpur. Rancangan asal BERSIH 2.0 semakin mudah untuk dilaksanakan kerana beralasankan Stadium Merdeka. Tiga lokasi untuk berkumpul iaitu di hadapan Masjid Jamek Kampung Bharu, Sogo dan Dataran Merdeka tidak akan berubah sama sekali. Dan biarpun polis telah berikrar untuk memastikan BERSIH 2.0 tidak jadi, dengan MENYEDEKAHKAN Stadium Merdeka kepada BERSIH 2.0, Kuala Lumpur seharusnya perlu dikawal bukan sahaja dengan barisan FRU, tetapi juga dengan kereta kebal serta jet pejuang yang dilengkapi peluru berpandu udara ke bumi!!!

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883